Ciri penstriman langsung video seperti Facebook Live dan Periscope oleh Twitter kian mendapat perhatian ramai.
Ciri ini boleh digunakan untuk berkongsi acara-acara besar mahupun detik-detik indah bersama keluarga yang sebelum hanya boleh dikongsi menerusi rakaman video atau gambar sahaja.
Bagi syarikat korporat pula, ia boleh digunakan untuk mendekatkan diri mereka dengan para pengguna.
Kami di Astro AWANI turut menggunakan Facebook Live untuk penstriman video langsung beberapa sidang media, acara hiburan dan sesi temuramah eksklusif.
Antaranya adalah sesi #AWANIchat bersama pelakon Maya Karin menggunakan Facebook Live.
Penyalahgunaan ciri penstriman video langsung
Dikala ciri ini mula menjadi popular, ada juga yang menyalahgunakan tekonologi ini.
Antara contoh adalah penggunaan Facebook Live oleh seorang suspek pengganas ketika dia menceroboh rumah mangsa yang dibunuhnya di Magnaville, Paris pada Jun lalu.
Bulan itu juga turut menyaksikan seorang pengguna menggunakan Facebook Live ketika seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan merampas tebusan di sebuah kelab malam gay di Florida, Amerika Syarikat.
Lelaki bernama Antonio Perkins kemudian ditembak beberapa kali dan insiden dirakam secara langsung.
Pada April, seorang wanita dari Ohio, Amerika Syarikat didakwa merakam aksi jenayah rogol seorang gadis remaja melalui Periscope.
Ciri positif atau negatif?
Adakah ciri seperti Facebook Live dan Periscope oleh Twitter memberikan kebaikan atau keburukan kepada masyarakat?
Bagi pakar media sosial dan pengurus besar Zeno Group Malaysia, David Lian, isu ini sebenarnya bukan sahaja melibatkan teknologi tetapi ia juga melibatkan budaya dan etika individu.
"Apabila ada teknologi baharu, terdapat pelbagai cara bagaimana ia akan digunakan. Walaupun ada yang akan menggunakan ini secara negatif, ada banyak lagi kegunaan positif untuk ciri penstriman langsung ini."
Namun, David berpendapat bahawa platform media sosial harus mengambil langkah tegas agar ciri ini tidak disalahgunakan.
"Saya fikir ia cadangan yang baik untuk memantau penggunaan ciri ini jika cara penggunaan bertentangan dengan dasar platform terbabit," katanya.
Beliau juga menyeru orang ramai untuk membuat laporan jika terdapat kandungan yang tidak sepatutnya ada menerusi ciri penstriman langsung ini agar ia tidak akan viral.
"Ia semua bergantung kepada etika pengguna. Jika kita semua setuju (video) pembunuhan ada salah, jadi semua pihak harus mengambil langkah yang sepatutnya apabila melihat kandungan tersebut di garis masa," katanya.
Selebriti Malaysia dan Facebook Live
Ciri Facebook Live belum lagi digunakan secara meluas dikalangan netizen Malaysia.
Namun masih ada invididu yang masih bereksperimen dengan ciri ini.
Antara selebriti yang kian aktif menggunakan ciri Facebook Live adalah Mizz Nina, yang kini bertindak sebagai pengasas DOPStv , sebuah siaran atas talian yang fokus kepada rancangan berbentuk kerohanian.
Apabila ditanya tentang penyalahgunaan ciri ini, Mizz Nina berharap orang ramai boleh menggunakan ia untuk kebaikan.
"Saya tidak dapat membayangkan untuk menonton video sebegini. Mungkin harus ada cara untuk penstriman video langsung memenuhi kriteria tertentu yang tiada unsur keganasan atau perkauman dan video sebegitu boleh dipadamkan serta merta," katanya.
Beliau berharap orang ramai dapat menggunakan ciri ini untuk berkongsi kandungan yang berfaedah dan positif.
"Tujuan saya untuk menggunakan ciri ini adalah untuk mengetengahkan isu, kongsi kisah peribadi yang saya harapkan boleh menjadi inspirasi kepada para penonton.
"Mungkin ia juga digunakan untuk tujuan pemasaran," katanya kepada Astro AWANI.
Pengarah drama dan filem Nizam Zakaria juga aktif menggunakan Facebook Live.
Ketika ditanya tentang isu ini, Nizam membuat perbandingan dengan sepucuk pistol.
"Ia sama seperti pistol… anda boleh menggunakan pistol untuk melindungi orang atau membunuh orang.
"Ia semua bergantung kepada pengguna untuk menggunakan teknologi secara bertanggungjawab," katanya yang menjawab soalan wartawan melalui Facebook Live.
Nizam turut berkata bahawa beliau menggunakan platform itu untuk berkongsi ilmu dan berkongsi kisah-kisah di belakang tabir pembikinan filem.
"Saya boleh menjawab pelbagai soalan. Saya suka berkongsi pengalaman bersama orang ramai," katanya.
Facebook Live mula diperkenalkan kepada semua pengguna secara berperingkat bermula Disember 2015.
Periscope kendalian Twitter pula diperkenalkan pada Mac 2015 dan telah mencatat 200 juta penstriman video dalam tempoh setahun selepas pelancarannya.
Syafique Shuib
Thu Jul 07 2016
Dikala ciri penstriman video langsung mula menjadi popular, ada juga yang menyalahgunakan tekonologi ini.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Perutusan khas PM sempena tahun baharu 9 malam ini
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan perutusan khas sempena Tahun Baharu 2022 pada 9 malam ini.
Sambutan Hari Kebangsaan guna teknologi baharu, galak orang ramai tonton dari rumah
Sambutan berkonsepkan 'Mix Reality' iaitu gabungan penerbitan secara fizikal, teknologi AR dan XR, yang berbentuk interaktif dan berteknologi tinggi.
'Saya bukan pencuri perompak penyamun' - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau bukan seorang pencuri, perompak dan penyamun.
'Kenapa KJ, kenapa jadi macam ni?' - Papa Gomo
Kecewa dengan 'perubahan' yang melanda Khairy Jamaluddin, Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris malam tadi telah membuat sesi Facebook Live bertajuk, 'Why, KJ?' (Kenapa, KJ?).
Isu sebat: KJ 'sound' Papa Gomo suruh diam
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin telah meminta Exco Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo supaya diam.
PRU14: Tun Mahathir tidak mahu bertanding, Kit Siang 'mungkin'
Tun Mahathir tidak berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya yang akan datang buat masa ini.
Soalan merapu! Netizen kritik Fathia Latiff kendali sesi FB Live bersama Tun M
Fathia yang bertindak sebagai moderator dikecam oleh pengguna media sosial yang menganggap soalan dikemukakan oleh Fathia tidak bersesuaian dengan Tun M.
Lelaki Thailand bunuh bayi dan siar di Facebook Live
Video penstriman langsung itu masih boleh ditonton pada Selasa sebelum dipadamkan walaupun kejadian itu berlaku pada Isnin.
Dr Fauziah dijadual tiba di KLIA malam ini
Astro AWANI akan menyiarkan ketibaan Dr Fauziah Hassan menerusi Facebook LIVE malam ini.
Mark Zuckerberg kesal kes bunuh warga kulit hitam yang disiar menerusi Facebook Live
Pengasas Facebook melahirkan pandangan terhadap video tembak mati seorang warga kulit hitam di Minnesota yang viral di Facebook.