awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baik pulih ban pecah siap, tiada limpahan air pasang di Tanjong Karang

Bernama
Bernama
08/11/2022
13:46 MYT
Baik pulih ban pecah siap, tiada limpahan air pasang di Tanjong Karang
Kejadian banjir susulan limpahan air Sungai Tengi, Tanjong Karang, Selangor pada 4 pagi Ahad. - Gambar fail/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kerja pembaikan dan pengukuhan ban pecah yang menyebabkan kejadian banjir susulan limpahan air Sungai Tengi, Tanjong Karang, Selangor pada 4 pagi Ahad lepas, berjaya disiapkan pada 12 tengah malam hari yang sama.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataannya memaklumkan sehingga pukul 5 pagi semalam iaitu semasa air pasang pada ketinggian 5.30 meter, ban tersebut masih bertahan dan tiada limpahan air pasang dilaporkan.
"JPS Selangor akan sentiasa memantau dengan rapi situasi semasa di tapak serta kawasan berisiko berhampiran," menurut kenyataan itu.
Menurut JPS pelaksanaan kerja pembaikan dan pengukuhan ban berkenaan menggunakan peruntukan negeri.
Sebagai langkah penyelesaian jangka panjang, jabatan itu juga akan memohon peruntukan bagi melaksanakan projek pengukuhan dan penstabilan tebing sungai berkenaan.
BACA: Ban pecah, Tanjong Karang dinaiki air sedalam 1 meter
"Bagaimanapun, pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada kelulusan," menurut kenyataan itu.
Pada Ahad lepas, Bernama melaporkan tujuh sekeluarga dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan limpahan air akibat ban pecah di sekitar pekan Tanjong Karang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tanjong Karang
#ban pecah
#banjir
#JPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan