Kebangkitan umat Islam akan terus berlaku dalam usaha membebaskan Baitulmaqdis walaupun mendapat tekanan daripada pelbagai pihak, kata Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Berucap merasmikan Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmaqdis di sini hari ini, beliau berkata kehadiran lebih 100 ulama dari seluruh dunia pada persidangan itu juga satu manifestasi kesedaran umat Islam dalam usaha menyelesaikan isu Palestin.
"Kita tahu terdapat usaha untuk memperkecilkan perjuangan membebaskan Palestin. Mereka memperkecil-kecilkannya sehingga ke 'lubang biawak'.
"Namun mereka gagal untuk memberi alasan kukuh bagi mengetepikan isu Palestin ini supaya dilupakan (umat Islam)," katanya.
Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, tindakan 128 buah negara mengundi menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang langkah Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel juga menunjukkan isu Palestin adalah isu semua pihak.
"Kita lihat hari ini pelbagai pihak seluruh negara telah bersatu di saf pertama berdepan dengan pihak berkenaan (rejim Zionis dan Amerika Syarikat)," kata Abdul Hadi.
Sementara itu, Pengerusi Kesatuan Ulama Palestin Diaspora Sheikh Dr Nawaf Takruri dalam ucapannya menekankan kepentingan peranan ulama Islam dalam menyelesaikan isu Palestin.
Beliau berkata para ulama dalam persidangan tersebut perlu menghasilkan resolusi lebih praktikal yang seterusnya akan dibawa pulang ke negara masing-masing dan memberikan tekanan lebih hebat dalam memperjuangkan kebebasan Palestin.
"Kesatuan Ulama Palestin Diaspora meletakkan harapan begitu tinggi bahawa setiap negara bersama-sama ulama mereka menjelaskan tindakan Presiden Amerika Donald Trump adalah satu pencabulan kepada umat Islam dan menggerakkan umat Islam di seluruh dunia untuk membebaskan Baitulmaqdis," katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Malaysia dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas usaha yang dilakukan termasuk memberi keutamaan membincangkan isu Palestin dengan ulama dari seluruh dunia.
Katanya persidangan itu diharap dapat menghidupkan semula isu Palestin dan menjelaskan kepada dunia bahawa isu melibatkan Baitulmaqdis amat mendalam di hati umat Islam secara keseluruhannya.
"Pertemuan ini merupakan pertemuan untuk membincangkan identiti ummah. Al-Quds (Baitulmaqdis) ialah ibu kota Palestin dan ibu kota seluruh umat Islam dan akan terus dijaga kepentingannya," katanya.
Lebih 100 ulama dari 30 negara menyertai persidangan selama tiga hari itu yang diadakan bersempena Festival MyAQSA yang akan mula di Dataran Putrajaya, di sini malam ini.
Resolusi persidangan itu dijangka dibentangkan esok dan diangkat menjadi fatwa baharu bagi diserahkan kepada ketua-ketua negara Islam dunia untuk tindakan lanjut.
Persidangan itu dianjurkan secara bersama oleh Yayasan MyAQSA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kesatuan Ulama Palestin Diaspora dan Kesatuan Ulama Islam Sedunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2018
ABDUL HADI: Kita tahu terdapat usaha untuk memperkecilkan perjuangan membebaskan Palestin.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).