awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM mahu seni bela diri silat terus diperkasa
[TERKINI] BN pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar menang dengan majoriti besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: JENDELA pastikan penghuni PPR tidak tersisih

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
30/10/2021
09:51 MYT
Bajet 2022: JENDELA pastikan penghuni PPR tidak tersisih
Kerajaan akan pastikan penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidak tersisih daripada dunia pendigitalan. - Gambar Astro AWANI
PERMATANG PAUH: Peruntukan RM30 juta dalam Bajet 2022 bagi program Jalinan Digital Negara (JENDELA) Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah bagi memastikan golongan di penempatan itu tidak tersisih daripada dunia pendigitalan .
Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dengan adanya projek tersebut, ia akan memberi peluang sekali gus memperkasakan keluarga B40 untuk terus berdaya saing dengan ketersambungan digital yang kukuh.
Menurut beliau, rangkaian digital kini dilihat sebagai keperluan asas dalam pembinaan kediaman bersamaan dengan kemudahan utiliti lain seperti bekalan elektrik dan air.
Namun begitu, kebanyakan PPR dalam negara tidak memiliki sambungan digital yang tersusun yang mengakibatkan penghuninya ketinggalan dalam era pendigitalan yang menjalar ke hampir kebanyakan aspek ekonomi dan sosial.
“Antara salah satu aspek untuk mendaya hunikan sebuah kediaman itu adalah menyediakan akses sambungan internet, maka saya telah kenal pasti jendela PPR untuk semua PPR yang dibina dahulu.
“(PPR) yang skrg diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT)… Alhamdulilliah dalam Belanjawan diperuntukan untuk memastikan internet akses di PPR dilengkapi,” kata beliau.
Reezal Merican berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan kunci kepada pemilik rumah Residensi Pauh Permai di bawah program Prima di sini, pada Sabtu.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, keterbatasan akses internet menjadi kekangan yang dihadapi pelajar-pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR) yang kini menjadi sebahagian daripada sistem persekolahan khususnya semasa penularan pandemik.
Sehubungan itu, beliau berharap, peruntukan RM30 juta dapat membina dan menaiktaraf jaringan telekomunikasi di semua PPR bagi menepati keperluan isi rumah terbabit.
Pada pembentangan Bajet 2022 semalam, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi kemudahan internet di 40 PPR sedia ada dan perluasan perkhidmatan 5G kepada 36 peratus di kawasan kepadatan tinggi.
Topic Berkaitan
#bajet 2022
#JENDELA
#Projek Perumahan Rakyat
#PPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan