KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran bersikap lebih responsif dan tidak menyisihkan golongan wanita dalam pembentangan Bajet 2022.
Ini kerana, golongan wanita sudah lama tidak diberi perhatian atau ditanyakan khabar ketika dihimpit situasi pandemik COVID-19, jelas Presiden dan Pengasas Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis, Low Ngai Yuen.
“Adakah kita cukup terbela? Kita sememangnya terbela, tetapi adakah kita (golongan wanita) cukup terbela? Belum lagi.
“Jadi, saya masih ingin menyarankan supaya kerajaan melihat belanjawan yang lebih responsif kepada wanita. Wanita memang ketinggalan, terutama disebabkan oleh pandemik COVID-19.
"Jadi untuk memastikan kita merealisasikan konsep Keluarga Malaysia, di mana wanita memainkan peranan yang sangat penting, kita juga mesti melihat daripada segi akses kepada banyak bidang yang sebenarnya wanita hari ini masih lagi belum mencapai secara saksamanya,” ujarnya.
BACA: Kelangsungan hidup, peluang kerja: Harapan wanita di Terengganu tentang Bajet 2022
BACA: Rang undang-undang gangguan seksual dibentang Disember ini - Siti Zailah
Bercakap kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Isnin, Low turut menegaskan bahawa tiada bezanya di antara kaum lelaki dan wanita kerana mereka juga memerlukan perhatian segera.
“Wanita kehilangan punca pendapatan lebih senang dariapada kaum lelaki. Kita juga perlukan perhatian segera dari segi tambahan tanggungjawab kerana ada penjagaan kanak-kanak, ada penjagaan warga emas yang kini diletakkan di atas bahu wanita.
“Dan disebabkan itu, wanita lebih susah untuk keluar mencari kerja dan menambah pendapatan keluarga.
“Kita juga perlu lihat dari segi akses untuk kesihatan dan kesejahteraan wanita tersebut, disebabkan lama kita dalam pandemik dan tidak bertanya khabar atau pun bertanyakan tentang kesejahteraan wanita,” tambahnya.
Astro Awani
Mon Oct 25 2021
Golongan wanita sudah lama tidak diberi perhatian atau ditanyakan khabar ketika dihimpit situasi pandemik COVID-19, kata Low Ngai Yuen. - Gambar Fail
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Pemerkasaan wanita satu kerjasama, bukan soal dominasi
Pemerkasaan wanita bukanlah tentang dominasi, sebaliknya menjalin kerjasama bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih baik.
ASEAN harap tingkatkan kerjasama dengan PBB demi capai kesaksamaan jantina
Mesyuarat CSW adalah platform untuk berkongsi kemajuan dan cabaran dalam mencapai kesaksamaan jantina dan pemerkasaan bagi golongan itu dalam era digital.
Selamat Hari Wanita, tapi di mana kedudukan wanita di Malaysia?
Antara jurang gender paling ketara adalah di mana bagi setiap RM100 gaji dan upah diterima lelaki, wanita menerima RM96.21.
Usahawan wanita: Malaysia jadi tuan rumah AWE Asia Timur dan Sidang Kemuncak Pasifik
Sidang kemuncak itu memfokuskan usaha meningkatkan kewangan, membina rangkaian serta mengembangkan perniagaan sama ada dalam talian atau fizikal.
Hanya 5.1% wanita pegang jawatan pengerusi syarikat tersenarai - Kajian HLIB
Sektor yang mencapai lebih daripada sasaran itu ialah perbankan, pengguna, sarung tangan getah, media, hartanah, telekomunikasi dan utiliti.
Kuota mandatori jantina: Kenapa tidak letak dalam bentuk peratus? - Young Syefura
Young Syefura berpendapat nilai dalam bentuk peratusan lebih memberi gambaran yang jelas.
Bajet 2022 perlu lebih responsif terhadap golongan wanita - Ngai Yuen
Kerajaan disaran supaya bersikap lebih responsif dan tidak menyisihkan golongan wanita dalam pembentangan Bajet 2022.
Wanita dan politik: Lihat sebagai pelengkap, bukan jadi pesaing
Kebanyakan kajian gender berpaksikan alat analsis barat, bermasalah kepada masyarakat yang tebal unsur kepercayaan adat dan adab seperti di Jepun dan Malaysia.
PAU2020: UMNO perlu dahului parti lain, pastikan 30 peratus kuota kerusi pilihan raya untuk wanita - Noraini
UMNO harus memulakan inisiatif penggubalan undang-undang melaksanakan satu polisi kuota 30 peratus penyertaan wanita dalam pilihan raya.
Beri ruang secukupnya, manfaat potensi wanita - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, organisasi tersebut perlu mengenal pasti, membantu meningkatkan serta memperkasa kepimpinan wanita muda.