awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: PM zahir penghargaan kepada Keluarga Malaysia atas idea, pandangan

Bernama
Bernama
29/10/2021
14:53 MYT
Bajet 2022: PM zahir penghargaan kepada Keluarga Malaysia atas idea, pandangan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) menerima Buku Bajet 2022 yang diserahkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz selepas pembentangan Bajet 2022 tersebut di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang disifatkannya dekat di hati beliau atas segala lontaran idea dan pandangan dalam menyempurnakan Bajet 2022 ini.
Perdana Menteri turut berharap hasrat membangun semula negara dengan kebahagiaan yang lebih tersulam dan dengan semangat Keluarga Malaysia dapat direalisasikan.
"#Bajet2022 yang bertemakan "Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera" adalah tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat secara keseluruhan," katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau.
Kerajaan membentangkan Bajet 2022 hari ini dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM332.1 bilion untuk menyedia dan merancang pelbagai strategi serta inisiatif bagi mensejahterakan rakyat dan membangunkan ekonomi yang makmur serta mampan.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini berkata bajet mengembang itu mengambil aspirasi konsep Keluarga Malaysia dan turut dijajarkan kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) agar rakyat kembali makmur dalam norma baharu akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bajet 2022
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Keluarga Malaysia
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan