awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet Alternatif: PR cadang ganti GST dengan CGT

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
09/10/2014
14:22 MYT
Bajet Alternatif: PR cadang ganti GST dengan CGT
Cadangan ini dikemukakan di dalam Bajet Alternatif PR 2015 yang dibentangkan di Parlimen hari ini - Foto Twitter Ong Kian Ming
Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencadangkan Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT) bagi menggantikan Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan satu lagi cukai iaitu cukai warisan harta.
Cadangan itu dikemukakan di dalam Bajet Alternatif PR 2015 dalam satu sesi penerangan mengenainya yang diadakan di Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming ketika mengulas lanjut berkata CGT adalah cukai progresif yang diterima manakala GST pula bersifat regresif.
"Kerajaan selalu berkata GST bagus kerana lebih dari 100 negara gunakannya... tetapi CGT sudah dilaksanakan lebih 127 negara lain.
"PR anggarkan pengenalan CGT akan berjaya mengutip cukai permulaan dalam tahun 2015 sebanyak RM3 bilion.
"Apabila ekonomi lebih berkembang dan pertumbuhan ekonomi meningkat, kutipan dari CGT atas keuntungan urusniaga melibatkan modal pun akan meningkat tinggi," katanya.
PR juga turut mencadangkan cukai warisan harta ke atas pemindahan aset di kalangan golongan- golongan kaya.
"Sebarang perpindahan aset baik secara pemberian hadiah atau akibat kematian akan dikenakan cukai warisan harta.
"Maka PR mencadangkan supaya cukai ini diperkenalkan bagi sebarang pewarisan atau pemindahan aset bernilai RM5 juta ke atas," katanya.
PR juga memperuntukkan unjuran perbelanjaan RM273 bilion dengan pendapatan RM242 bilion untuk Belanjawan kali ini.
Topic Berkaitan
#Bajet 2015
#ekonomi
#GST
#harapan bajet
#Najib Razak
#Pakatan Rakyat
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan