Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan bakal jemaah supaya tidak meletakkan jangkaan yang tinggi semasa menunaikan ibadat haji di Tanah Suci, terutama ketika kemuncak ibadah di Arafah, Mudzalifah dan Mina (Masya'ir).
Pengurus Besar Bahagian Syariah Ibu Pejabat TH Imran Mohammad Khayat berkata ini kerana kebanyakan daripada perkhidmatan yang disediakan semasa di Masya'ir tertakluk kepada pihak ketiga di Arab Saudi.
"Justeru itu, bakal jemaah haji disarankan untuk bersabar dan istiqamah, seterusnya menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah haji meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kekangan sepanjang keberadaan di Tanah Suci," katanya pada majlis perasmian Kursus Haji Perdana (KPH) 2018 peringkat negeri oleh Menteri Besar Aminuddin Harun di sini, pada Sabtu.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Dr Razali bin Ab Malik dan Mufti Kerajaan Negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Imran berkata sebahagian besar pengurusan perkhidmatan haji di Tanah Suci bukan di bawah bidang kuasa TH mahupun kerajaan Malaysia.
"Ada kalanya terdapat kekangan untuk melaksanakan inisiatif seperti yang kita harapkan. Oleh itu, kita perlulah faham sedikit sebanyak bahawa urusan haji di Tanah Suci sebenarnya berada di bawah budi bicara kerajaan Arab Saudi. TH ini sebagai pemudah cara.
"Pemudah cara kita menguruskan urusan keberangkatan bakal haji untuk kita memudahkan supaya mereka selamat sampai di Tanah Suci, dapat mengerjakan haji yang mabrur serta selamat balik ke tanah air," katanya.
Imran berkata selain melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan ibadah haji, bakal haji juga dinasihatkan supaya membuat persediaan lain seperti menjaga kesihatan diri, kecergasan fizikal dan mental serta memastikan kesemua barangan keperluan yang mencukupi seperti yang disarankan oleh TH.
Sepanjang berada di Tanah Suci, katanya, mereka juga dinasihatkan untuk mematuhi peraturan oleh TH dan pihak kerajaan Arab Saudi demi kebaikan bersama.
Seramai 1,859 orang bakal haji di Negeri Sembilan dipilih mengikuti KPH tahun ini.
KPH, yang diadakan secara berperingkat di 17 lokasi di seluruh negara pada hujung minggu bermula semalam sehingga 8 Julai ini, merupakan kursus terakhir dianjurkan TH dalam usaha meningkatkan tahap pengetahuan jemaah haji berkaitan ibadah haji terutamanya dari segi praktikal serta platform untuk memberikan maklumat terkini sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.
Pada KPH yang diadakan selama dua hari mulai semalam di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, bakal haji diberikan pendedahan melaksanakan ibadah haji melalui latihan amali secara simulasi seperti bertawaf, saie, melontar jamrah serta amalan dan beribadah secara berkumpulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 30 2018
Bakal jemaah haji disarankan untuk bersabar dan istiqamah, seterusnya menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.