awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal jemaah haji disaran semak tawaran dengan TH, elak jadi mangsa penipuan - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
30/10/2025
13:04 MYT
Bakal jemaah haji disaran semak tawaran dengan TH, elak jadi mangsa penipuan - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, masih terdapat individu tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan menipu dan mengaut keuntungan mudah melalui tawaran haji tidak sah. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Bakal jemaah haji diingatkan membuat semakan terlebih dahulu dengan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum menerima sebarang tawaran menunaikan ibadah itu bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata tiada individu atau syarikat dibenarkan mengendalikan urusan haji tanpa kebenaran rasmi daripada TH seperti diperuntukkan dalam Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
"Saya merayu kepada mereka yang berhasrat menunaikan haji pada tahun akan datang untuk semak terlebih dahulu. Tidak salah kalau kita mengambil masa sedikit untuk bertanya (buat semakan dan pengesahan).
"Kerana akhirnya kita tak ditipu, sebab di luar sana ada sahaja individu cuba hendak menipu dan mengambil peluang mencari keuntungan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim Haji 1447H/2026M di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata walaupun pelbagai peringatan telah dikeluarkan, masih terdapat individu tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan menipu dan mengaut keuntungan mudah melalui tawaran haji tidak sah.
"TH juga akan terus menasihatkan orang ramai melalui pelbagai platform termasuk media sosial dan saya berharap media turut membantu menyebarkan peringatan supaya tiada jemaah menjadi mangsa," katanya.
Mohd Na'im berkata satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan dengan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperkukuh tindakan membanteras aktiviti penipuan berkaitan haji, yang turut melibatkan TH dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
"TH (dan) MOTAC ada di situ, jadi jawatankuasa khas ini akan memastikan mana-mana syarikat dan individu yang cuba untuk melakukan penipuan dikenakan tindakan," katanya.
Mohd Na'im berkata kerajaan memandang serius isu penipuan haji dengan langkah memperketat denda serta hukuman sedang diteliti bagi mengekang kegiatan itu.
"Pendekatan ini termasuk memastikan denda yang dikenakan kepada syarikat tidak bertanggungjawab akan lebih tinggi. Tetapi itu kuasa mahkamah untuk menentukan," katanya.
Terdahulu, Mohd Na'im menyampaikan lesen PJH Musim 1447H kepada 31 daripada 60 syarikat yang memohon.
Beliau menyeru semua PJH untuk menawarkan pakej haji ekonomi bagi musim haji akan datang dengan harga sama pada musim lepas, iaitu di bawah RM55,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#jemaah haji
#tawaran haji
#mangsa penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan