awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar sofa, meja dan pakaian kakak, penganggur dijatuhi hukuman penjara 4 tahun

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2021
08:19 MYT
Bakar sofa, meja dan pakaian kakak, penganggur dijatuhi hukuman penjara 4 tahun
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api dengan membakar sofa, meja dan pakaian milik kakaknya, membabitkan kerugian bernilai RM200. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Padah melakukan khianat dengan membakar sofa, meja dan pakaian milik kakaknya, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Rabu.
Hukuman itu diputuskan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman selepas tertuduh, Ahmad Riduan Mamat, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
Pertuduhan dilakukan mengikut seksyen 436 Kanun Keseksaan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api dengan membakar sofa, meja dan pakaian milik kakaknya, Rohaida Mamat, 41, membabitkan kerugian bernilai RM200.
Perbuatan itu dilakukan pada 31 Julai lalu di sebuah rumah di Seberang Takir Kuala Nerus, jam 3 petang.
Mahkamah memerintah hukuman penjara itu bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 1 Ogos lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, mangsa yang pulang ke rumah mendapati terdapat kesan kebakaran iaitu rangka kerusi sofa, pakaian dan beberapa barangan miliknya yang hangus.
Menerusi laporan polis yang dibuat mangsa tertuduh berjaya ditahan di tepi jalan sebuah kampung di Seberang Takir Kuala Nerus, jam 12.05 tengah hari pada 1 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#khianat
#bakar sofa
#Kuala Terengganu
#penganggur
#penjara
#Mahkamah Sesyen
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan