awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Balik Pulau dilanda ribut, 10 rumah hampir musnah

Bernama
Bernama
30/12/2014
00:17 MYT
Balik Pulau dilanda ribut, 10 rumah hampir musnah
Sekurang-kurangnya 10 buah rumah di sini hampir musnah setelah dilanda ribut dan angin kencang hari ini. -Gambar fail
Sekurang-kurangnya 10 buah rumah di sini hampir musnah setelah dilanda ribut dan angin kencang hari ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhammad Farid Saad berkata beliau mendapat laporan terdapat lebih 10 buah rumah di sini termasuk di Kampung Sungai Rusa, hampir musnah apabila bumbung rumah ditiup angin kencang.
Beliau berkata angin kencang yang berlaku lebih kurang 8.30 malam mengakibatkan banyak pokok tumbang menghalang jalan.
"Saya telah turun ke Jalan Sungai Pinang untuk membantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengambil masa lebih 45 minit untuk memotong pokok besar bagi membuka balik jalan kepada orang ramai," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Sementara itu, menurut seorang jurucakap polis, terdapat lebih sembilan kejadian pokok tumbang di kawasan Balik Pulau dan satu kejadian kabel elektrik terputus dilaporkan.
Katanya seorang pemandu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau selepas keretanya dihempap pokok yang tumbang di Jalan Tun Sardon.
Beliau berkata kecederaan lelaki masih belum dapat dipastikan tetapi keretanya rosak teruk.
"Antara lokasi kejadian pokok tumbang termasuk Jalan Tun Sardon, Jalan Sungai Pinang, Jalan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras, Lintang Pokok Upeh dan Jalan Sungai Pinang," katanya.
Topic Berkaitan
#angin kencang
#bomba
#Pokok tumbang
#Pulau Betong
#ribut
#Sungai Pinang
#sungai rusa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan