PETALING JAYA: Laporan berkaitan tindakan seorang pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di sini yang melempar anak kucing ke dalam longkang telah dirujuk ke Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya telah memanggil pengawal keselamatan yang terlibat dan memberi amaran keras.
"Kita telah terkesan satu video tular berdurasi satu minit 56 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok Suziey Signature yang memaparkan insiden itu pada jam 9 malam, Sabtu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Shahrulnizam berkata, semakan lanjut, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu daripada seorang wanita yang juga pegawai kanan sebuah stesen televisyen berusia 52 tahun pada jam 11.30 pagi, 18 Jun lalu.
"Pengadu menyatakan nampak seorang pengawal keselamatan melempar seekor anak kucing ke dalam longkang di belakang bangunan stesen televisyen berkenaan.
"Wanita itu kemudian telah meminta bantuan daripada pekerja pembersihan stesen televisyen itu untuk mengambil anak kucing dan membawa ke klinik haiwan untuk rawatan," katanya.
Beliau berkata, wanita itu membuat laporan kerana mahu polis memberikan amaran kepada individu yang terlibat untuk tidak melakukan perbuatan buruk kepada kucing lain pada masa akan datang.
"Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi peraturan dan tidak terlibat dengan sebarang pelanggaran undang-undang.
"Orang ramai juga yang mempunyai maklumat berkenaan perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
Video tular tersebut turut memaparkan keadaan anak kucing yang dinamakan sebagai Larkie itu merosot dan semakin lemah, akhirnya telah mati pada Jumaat lalu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 24 2024

Video tular memaparkan seekor anak kucing di lempar ke dalam longkang. -Foto Sinar Harian
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.

Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri
Pemain sayap lincah berkenaan memilih untuk merendah diri dan memberikan kredit penuh buat pasukannya.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.

Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif
JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.

Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.

Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.

Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Tertuduh didakwa membuka zip hadapan seluarnya supaya dilihat oleh mangsa bagi tujuan seksual di tepi tangga sebuah PPR di Cheras pada 11.30 pagi, 25 Dis lalu.

Pekerja pembersihan main peranan penting pembangunan negeri - Ab Rauf
Pekerja pembersihan menyumbang kepada pengiktirafan Bandar Raya Melaka sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara, kata Ketua Menteri.

Pekerja pembersihan maut, seorang lagi parah dipijak gajah di Mersing
Seorang pekerja pembersihan kontrak maut manakala seorang lagi cedera parah akibat dipijak gajah di kawasan hutan kecil berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tenggaroh 5 hari ini.

Baling anak kucing, kes dirujuk ke Jabatan Veterinar
Polis telah memanggil pengawal keselamatan yang terlibat dan memberi amaran keras.

Pekerja pembersihan sanggup menyelam air kotor cuci longkang tersumbat
Rakaman video aksi seorang pekerja pembersihan yang sanggup menyelam dalam air kotor dan menjijikkan ketika melakukan kerja-kerja membersihkan longkang tersumbat menyentuh perasaan banyak pihak.

Cuaca panas: MBI ubah waktu kerja pembersihan, kutipan sampah elak strok haba
MBI mengambil pendekatan mengubah waktu kutipan sampah serta kerja-kerja pembersihan ketika negara sedang berdepan cuaca panas ketika ini.

Tidak minat kerja pembersihan: Stigma, imej jadi penyebab - Datuk Bandar Ipoh
Walaupun ada penambahbaikan daripada sudut gaji dan imbuhan, masih ramai yang kurang berminat.

Polis tahan wanita warga asing curi barang kemas majikan RM15,000
Polis menahan seorang pekerja wanita warga asing yang dipercayai mencuri barang kemas milik majikannya bernilai kira-kira RM15,000.

Dua pekerja maut di stadium dipercayai terjatuh pada ketinggian 27 meter - JKKP
Dua mangsa yang dilaporkan maut di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam, dipercayai terjatuh dari bumbung kanvas ke atas pagar 'British Reinforced Concrete' (BRC) stadium.