UMNO Selangor menegaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor perlu bertanggungjawab menyelesaikan segera isu gangguan bekalan air yang berlarutan di negeri ini.
Ketua Penerangannya Datuk Zein Isma Ismail berkata tindakan membaling baldi dan botol air di perkarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini pada Selasa, disebabkan rasa tidak puas hati mereka berikutan keengganan menteri besar menerima memorandum daripada Pemuda UMNO berhubung isu gangguan bekalan air itu.
"Ini isu air... isu yang wajib dan perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri...air satu keperluan dan sebagai penduduk di Selangor yang terbelenggu dengan masalah itu, mereka berhak untuk menuntut supaya isu itu diselesaikan," katanya kepada pemberita, di sini pada Rabu.
Sehubungan itu, katanya UMNO Selangor menyelar pihak tertentu yang melabelkan Pemuda UMNO sebagai samseng berhubung tindakan sebahagian daripada kira-kira 200 orang yang mengiringi Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah untuk menyerahkan memorandum itu kepada Mohamed Azmin.
Zein Isma berkata tindakan itu bukan bersifat kekerasan seperti didakwa tetapi untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap gangguan bekalan air berlarutan yang dihadapi penduduk di beberapa kawasan di Selangor.
"Kalau mahu dibandingkan tindakan kumpulan itu dan kumpulan Bersih mana lagi samseng... mereka hanya baling baldi sebab mahu kerajaan selesaikan masalah air, tetapi Bersih ganggu keselamatan, rosakkan kemudahan awam dan ada yang bertindak terbalikkan kereta polis.
"Kumpulan itu bertindak membaling baldi dan botol air berikutan keengganan Azmin untuk menerima memorandum yang dihantar Pemuda UMNO berhubung isu air kepada beliau," katanya.
Mereka dilaporkan berkumpul di hadapan bangunan SSAAS ekoran sudah tidak tahan dengan masalah gangguan bekalan air di Selangor yang tidak berkesudahan.
Terbaru pada 23 Okt, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ditutup buat kali keempat dalam tempoh dua bulan susulan pencemaran bau. Sebelum itu, ia ditutup pada 22 dan 23 Sept serta 4 Okt.
Pencemaran juga membawa kepada penutupan sementara LRA Langat dan Cheras pada 8 Okt susulan bekalan air mentahnya dikesan mempunyai bau yang luar biasa.
Penutupan itu menyebabkan beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 02 2016
Sebahagian daripada peserta demonsrasi yang berarak di hadapan bangunan SUK Selangor pada Selasa. - Foto Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Armand Azha sahkan dipanggil Lembaga Disiplin UMNO
Beliau bagaimanapun tidak mengetahui alasan kenapa dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.
Ahli MKT UMNO tak puas hati Zahid tangguh mesyuarat
Mesyuarat tersebut penting untuk mereka menyuarakan pandangan, kritikan dan cadangan dalam menentukan hala tuju parti.
UMNO akur dengan sebarang keputusan berhubung PRN Melaka
Perkara berkenaan juga perlu mendapatkan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Exco Pemuda UMNO tanding Majlis Tertinggi
Armand Azha berkata pertandingan calon muka baharu dan lama perlu dalam memastikan UMNO terus relevan.
Bersih 5: Jumlah peserta Baju Kuning, Baju Merah cecah 18,000 - Polis
Perhimpunan Bersih 5 mendapat sambutan dari 15,500 peserta Baju Kuning dan 2,500 penyokong Baju Merah, menurut Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Baling baldi kerana Azmin enggan terima memorandum isu air - UMNO Selangor
UMNO Selangor menegaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor perlu bertanggungjawab menyelesaikan segera isu gangguan bekalan air yang berlarutan di negeri ini.
'Demonstrasi Baldi' jalankan protes di hadapan bangunan SUK Selangor
Demonstrasi itu dibuat bagi menyatakan bantahan terhadap kemelut air di Selangor yang didakwa berpunca daripada sabotaj oleh pihak Barisan Nasional.
Jelajah Bersih 5 hanya cetus provokasi - Armand
Tindakan penganjur Bersih 5 yang meneruskan ucapan menggunakan pembesar suara dengan berunsur provokasi selain mahu meneruskan jelajah konvoi sekitar bandar raya itu mencetuskan ketegangan.
Laporan polis ke atas dua individu dibatalkan - Armand
Pandangan dan perbincangan dengan pelbagai pihak mengenai dokumen yang dikaitkan dengan dua individu itu mendapati ia tidak sahih.
UMNO tak 'goyang' bila Shafie keluar parti - Armand
UMNO tidak pernah terjejas atau terancam dengan pengumuman keluar parti oleh mana-mana bekas pemimpin mereka yang terbukti membawa masalah terutama melibatkan kepercayaan akar umbi.