IPOH: Isteri kepada juruterbang yang maut dalam insiden helikopter terhempas di Hutan Simpan Chikus, Bidor, Ahad minggu lalu, tiba untuk menuntut mayat mendiang suaminya di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), hari ini.
Wanita berkenaan tiba di pekarangan Jabatan Forensik kira-kira jam 10.40 pagi.
Turut sama tiba ialah beberapa orang saudara mereka dengan menaiki dua buah kenderaan jenis Alphard berwarna maroon dan Honda berwarna hitam.
Isteri mendiang dan keluarga kemudian dilihat meninggalkan Jabatan Forensik kira-kira jam 11.25 pagi.
Ketika ditemui wartawan, wanita yang hanya dikenali sebagai Leung itu berkata, segala urusan pembakaran mayat suaminya akan dilakukan di Ipoh dan abunya akan dibawa pulang ke Hong Kong.
Pada 11 September lalu, media melaporkan sebuah helikopter jenis Eurocopter dan juruterbangnya dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada jam 12.16 tengah hari.
Helikopter milik syarikat swasta yang terbang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 11.37 pagi dengan seorang juruterbang dalam pesawat itu.
Helikopter berkenaan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada jam 12.37 tengah hari, tetapi dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur pada jam 12.16 tengah hari.
Juruterbang Tsz Kin Richard Chan, 58, warganegara Hong Kong itu ditemui pada keesokan harinya dalam kokpit helikopter.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi sebelum dibawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Sep 19 2022
Balu juruterbang warganegara Hong Kong Tsz Kin Richard Chan (depan) tiba di HRPB Ipoh untuk menuntut mayat suaminya. -Astro AWANI.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Mei 2024
Jumlah dagangan melonjak kepada 6,332 lot daripada 3,684 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 49,699 kontrak berbanding 47,476 kontrak sebelumnya.
Prestasi ringgit setakat 17 Mei 2024
Indeks Harga Pengguna AS yang diumumkan semalam menunjukkan inflasi negara itu mereda kepada 3.4 peratus pada April daripada 3.5 peratus pada Mac.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Inflasi 2023 meningkat 2.5%, restoran, hotel penyumbang utama
Ketua Perangkawan Malaysia berkata, peningkatan perlahan inflasi pada tahun 2023 ini adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih.
Ekonomi suku pertama 2024, atas atau bawah 4 peratus?
KDNK suku pertama dijangka 4.0 hingga 4.2 peratus, adakah ia mampu dicapai dan apakah faktor yang menjadi penyumbang utama suku tersebut. Kupasan lanjut bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli.
Berita mahkamah perlu tepat, tidak tokok tambah - Peguam, wartawan
Wartawan perlu melaporkan berita yang tepat, tidak membuat tajuk sensasi dan mengelirukan, hanya untuk mendapat sambutan daripada pembaca.
Purata gaji naik RM56 setahun, apa sudah jadi?
Ketua Pegawai Eksekutif THE FUTURE, Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari mengulas laporan KRI yang mendedahkan gaji pekerja di Malaysia tidak tumbuh dengan signifikan dalam tempoh 10 tahun lalu.
Jemaah wanita meninggal dunia sebaik selesai baca Yassin di Masjid Zahir
Allahyarham hadir ke masjid bersama suami terlebih dulu berbuka puasa sebelum menunaikan solat serta membaca surah Yassin.
Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
MAVCOM lakukan pemeriksaan di KLIA, LTSAAS pastikan kelancaran sempena Aidilfitri
Hampir 700,000 penumpang dijangka menaiki penerbangan sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri.
Kabinet lulus naik taraf Lapangan Terbang Subang sebagai hab serantau
Fokus terhadap pembangunan Ekosistem Aeroangkasa, Penerbangan Am dan penerbangan perniagaan serta Lapangan Terbang Bandar Raya atau Sekunder.
Balu juruterbang helikopter terhempas tuntut mayat di HRPB Ipoh
Wanita berkenaan tiba di perkarangan Jabatan Forensik kira-kira jam 10.40 pagi.
Invest Selangor komited pacu hab penerbangan perniagaan dan am menerusi SAS 2022
Invest Selangor terus komited merangsang hab penerbangan perniagaan dan am negara dengan menganjurkan Pameran Penerbangan Selangor 2022 (SAS2022).
Perkhidmatan e-hailing semakin pulih di LTSAAS
Lebih tiga jam berada di sana, hampir setiap 10 minit, pasti akan hadir pemandu e-hailing, berhenti di checkpoint disediakan untuk mengambil penumpang.
Parlimen: Kerajaan ulang pendirian tidak luluskan penjualan atau pengambilan LTSAAS
Hak dan operasi lapangan terbang itu masih seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian pajakan sebelum ini.
Kelulusan kerajaan penting bangunkan lapangan terbang Subang - MAHB
MAHB masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah yang terletaknya LTSAAS buat masa ini.
MAHB, Skyports, Volocopter jalin kerjasama kaji pelaksanaan vertiport di Malaysia
Kaji pelaksanaan perkhidmatan teksi udara elektrik revolusi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang serta lokasi lain.