Tindakan mengosongkan unit didiami balu seorang sarjan polis terpaksa diambil setelah balu itu tidak mengendahkan dua notis pemberitahuan dikeluarkan pada 23 Jun 2014 dan 23 Feb 2015, kata Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.
Beliau berkata atas dasar kebajikan dan belas ihsan, balu sarjan polis itu dan tiga anaknya telah dibenarkan mendiami kuarters selama kira-kira setahun tiga bulan sedangkan mengikut peraturan perlu mengosongkan kuarters dalam masa sebulan.
Beliau menjelaskan mengikut peraturan, sekiranya seseorang pegawai atau anggota polis meninggal dunia, balu atau keluarganya yang mendiami perumahan polis, perlu mengosongkan perumahan itu dalam masa satu bulan.
"Atas dasar kebajikan dan belas ihsan, Pegawai Pemerintah boleh menggunakan kuasa dan budi bicara untuk membenarkan balu mendiami perumahan kerajaan sehingga tempoh tiga bulan dari tarikh kematian suami.
"Dalam kes ini, Allahyarham yang tugas akhirnya di Cawangan Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 24 Dis 2013 dan sejak tarikh tersebut, balu Allahyarham dan tiga anaknya terus mendiami rumah berkenaan sehingga Selasa lepas iaitu selama lebih kurang setahun tiga bulan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Samah berkata demikian susulan tersebarnya gambar-gambar dan maklumat tidak tepat dalam media sosial Facebook kononnya polis bertindak kejam apabila memecah masuk dan membuang barangan balu polis berkenaan di Perumahan Polis Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya.
Katanya, pada Selasa lepas polis memasuki rumah berkenaan dan memindah keluar barang-barang milik balu Allahyarham dan ketika itu balu tersebut berada di Ipoh.
"Barang-barang dan peralatan masih berkeadaan baik seperti perabot, sofa, pendingin hawa, peralatan dapur, barangan elektrik dan sedikit pakaian telah diasingkan di mana polis telah menyediakan sebuah lori bagi tujuan pemindahan ke mana-mana lokasi," katanya.
Beliau menjelaskan, selepas kematian Allahyarham, kebajikan balu dan anak-anaknya telah diberi perhatian sewajarnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah telah menerima pelbagai bantuan dan imbuhan dari PDRM termasuk tabung-tabung yang diperuntukkan kepada seseorang anggota polis.
"Antara bantuan dan imbuhan yang diterima ialah pembayaran Gratuiti, Insurans Koperasi Polis, Insurans Kerajaan RM18,000 dan Tabung Khairat Kematian Kontinjen Selangor RM12,000 dengan jumlah keseluruhan bantuan dan imbuhan yang diterima balu Allahyarham adalah sebanyak RM147,000 tidak termasuk derma dan sumbangan peribadi daripada kalangan pegawai dan anggota.
"Di samping itu, beliau juga menikmati wang pencen bulanan Allahyarham sebanyak RM2,333. Allahyarham juga ada meninggalkan kepada balunya beberapa harta sepencarian yang antaranya sebuah rumah di Ipoh dan sebuah kenderaan.
"Dengan jumlah imbuhan, bantuan dan pencen bulanan yang diterima sedikit sebanyak tentunya dapat membantu balu Allahyarham dan anak-anaknya meneruskan kehidupan mereka,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah sedaya upaya cuba membantu balu Allahyarham termasuk membantu mencari rumah baharu dengan mencadangkannya tinggal di flat Kayu Ara, Damansara tetapi balu Allahyarham tetap enggan berpindah.
"Walaupun kita simpati dengan nasib balu Allahyarham bersama anak-anaknya ini tetapi kita juga perlu membantu anggota kita yang menyewa di luar termasuk menyewa di setinggan dan menyewa bilik. Kita telah bagi banyak kelonggaran kepadanya untuk minta dia berpindah," katanya.
Bernama
Sun Mar 22 2015
Tindakan mengosongkan unit didiami balu seorang sarjan polis terpaksa diambil setelah balu itu tidak mengendahkan dua notis pemberitahuan dikeluarkan pada 23 Jun 2014 dan 23 Feb 2015. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
4 penjenayah ditembak mati semalam dipercayai turut terlibat dalam kes di Selangor
Empat penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis di hadapan ITBM di Kuala Lumpur semalam dipercayai turut terlibat dalam kes samun di Selangor.
Pembunuhan Jong Nam: Polis sah sampel diambil dari kondominium Verve Suites
Tindakan mengambil sampel tersebut daripada kondominium The Verve Suite pada Khamis merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Khalid tepis dakwaan lambat proses penyerahan mayat Jong-Nam
Selagi ujian deoksiribonukleik (DNA) daripada waris tidak diperolehi bagi melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini.
Keluarga 'Kim' diberi keutamaan tuntut mayat Kim Jong-nam - Ketua Polis Selangor
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keutaman kepada keluarga 'Kim' untuk menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
Kes bunuh Kim Jong-nam: Kawalan pintu keluar masuk negara diperketat
Kawalan keselamatan pintu keluar-masuk di seluruh negara kini diperketat susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pada Isnin lepas.
Polis sedang kesan dua wanita dipercayai terlibat pembunuhan Kim Jong Nam
Polis sedang mengesan dua wanita dipercayai terlibat dengan pembunuhan Kim Jong Nam iaitu abang tiri kepada presiden Korea Utara, Kim Jong Un.
Henti sebar nombor pendaftaran kereta terlibat kes belasah di Ampang
Polis menasihatkan orang ramai agar berhenti menyebarkan nombor plat kenderaan Mercedes Benz yang terbabit dalam kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu.
Polis ingatkan parti menang tidak buat perarakan
Tindakan sedemikian dikhuatiri mencetuskan perkara yang tidak diingini selain menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong parti kalah.
Serangan di Jakarta: Polis Selangor tingkatkan kawalan
Polis Selangor meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai berikutan insiden pengeboman di Jakarta pada Khamis.
Polis perlu sentiasa jaga imej elak tanggapan buruk masyarakat
Pegawai dan anggota polis perlu sentiasa menjaga kelakuan serta imej pasukan bagi mengelakkan tanggapan buruk di kalangan masyarakat.