awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Balu tentera maut kemalangan terima manfaat Perkeso

Bernama
Bernama
26/02/2024
22:00 MYT
Balu tentera maut kemalangan terima manfaat Perkeso
Balu Allahyarham menerima RM2,000 bagi Faedah Pengurusan Mayat dan pencen Penakat RM330 sebulan, akan dibayar secara berkala sepanjang hayatnya. - Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Balu Lans Koperal Mohd Hafiz Haris yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk tiga trak tentera di Gurun pada 2 Feb, menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat, daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pengarah Perkeso Kedah, Rak Boon Tan Rat berkata, manfaat tersebut layak diterima, kerana sebelum berkhidmat sebagai anggota tentera, Allahyarham pernah mencarum dengan Perkeso semasa bekerja di beberapa syarikat.
"Arwah mula mencarum dengan Perkeso sejak 1 Dis 2011 dengan caruman permulaan RM3.80 mengikut pootongan gaji dan caruman yang ditetapkan.
"Sepanjang enam tahun bekerja dengan tujuh syarikat berlainan (sebelum berkhidmat sebagai tentera), arwah mempunyai 59 bulan caruman dengan kelayakan satu pertiga caruman bagi tuntutan faedah yang disediakan oleh Perkeso," katanya selepas menyerahkan bayaran faedah tersebut kepada balu Allahyarham, Nor Hasni Ishak, 32, di rumah keluarganya di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau, dekat sini, pada Isnin.
Rak Boon berkata, balu Allahyarham menerima RM2,000 bagi Faedah Pengurusan Mayat dan pencen Penakat RM330 sebulan, akan dibayar secara berkala sepanjang hayatnya.
Sementara itu Nor Hasni berkata, beliau sangat bersyukur dengan manfaat yang diterima, memandangkan dia hanyalah suri rumah sepenuh masa.
"Saya berhenti kerja selepas berkahwin. Buat masa ini saya masih tinggal dengan keluarga arwah suami dan selepas habis tempoh edah, saya akan cuba cari kerja," katanya yang tidak mempunyai cahaya mata.
Pada 2 Feb, tiga anggota tentera berusia 30 hingga 40 tahun disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 75 Lebuh Raya Utara Selatan pada 10.45 pagi, terdiri daripada Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Mohd Hafiz.
Ketiga-tiga anggota tersebut dari Pasukan 3 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Pengkalan Hulu, Perak, sedang dalam konvoi melibatkan tiga kenderaan tiga tan menuju ke Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Kangar, Perlis.
Kemalangan berlaku apabila salah sebuah trak tentera yang dalam konvoi berkenaan telah mengalami kerosakan, menyebabkan mereka terpaksa berhenti di sebelah laluan kiri lebuh raya, sebelum dirempuh oleh sebuah trailer di lokasi kejadian. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#manfaat perkeso
#Anggota tentera
#kemalangan maut
#Gurun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan