awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ban Tanjong Karang ditambah baik, diluaskan lagi 10 meter

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/10/2022
03:10 MYT
Ban Tanjong Karang ditambah baik, diluaskan lagi 10 meter
JPS membaik pulih ban yang pecah di Jalan Kilang Padi, Tanjong Karang, dan membuat pelebaran seluas 10 meter, yang diyakini mampu membendung tekanan dan limpahan dari Sungai Tengi. - Facebook Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja membaik pulih ban pecah di Jalan Kilang Padi, Tanjong Karang, Kuala Selangor pada Selasa lalu, berjalan lancar.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Selangor turut membuat pelebaran ban seluas 10 meter.
"Ban sepanjang 15 meter pecah akibat hakisan selekoh sungai dan tekanan air pasang besar hingga menyebabkan banjir sekitar pekan.
"Alhamdulillah, JPS sedang membaik pulih dan membuat pelebaran ban seluas 10 meter. Insya-Allah, setakat ini pihak JPS yakin mampu membendung tekanan dan limpahan dari Sungai Tengi.
"Tahniah JPS atas tindakan pantas bagi mengelak kerugian harta benda rakyat lebih banyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ban Pecah | Ban Tg Karang ditambah baik, diluaskan 10 meter
Selasa lalu, Astro AWANI melaporkan kejadian dua ban pecah di dua lokasi sekitar Tanjong Karang.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, dua lokasi yang terjejas adalah Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh.
Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu menyebabkan berlaku limpahan air yang naik ke jalan raya dan kawasan berhampiran.
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#banjir
#ban pecah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan