awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bandar paling bahagia, Port Dickson selesa dan kondusif untuk pelbagai kaum - MB

Bernama
Bernama
18/03/2024
23:00 MYT
Bandar paling bahagia, Port Dickson selesa dan kondusif untuk pelbagai kaum - MB
Kerajaan negeri akan menambah baik infrastruktur dan kemudahan awam bagi menarik lebih ramai pelancong serta menambah pendapatan penduduk setempat. - Foto fail/BERNAMA
SEREMBAN: Pencapaian Port Dickson tersenarai antara bandar paling bahagia tahun ini membuktikan pelbagai kaum di bandar itu mampu hidup bersama dalam persekitaran kehidupan yang selesa serta kondusif, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata sebagai daerah yang terkenal dengan sektor peranginan, kerajaan negeri akan menambah baik infrastruktur dan kemudahan awam bagi menarik lebih ramai pelancong serta menambah pendapatan penduduk setempat.
"Port Dickson merupakan kawasan majmuk, terdiri daripada pelbagai kaum...apabila diisytiharkan antara 10 bandar paling bahagia, ini menunjukkan tidak semestinya suasana dalam kelompok satu kaum sahaja boleh bahagia dan ia adalah satu pengiktirafan.
"Saya ucapkan tahniah kepada semua penjawat awam, penduduk setempat atas pencapaian ini. Kejayaan ini merupakan pengiktirafan untuk rakyat Port Dickson dan saya harap nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati serta suasana yang baik ini dapat dikekalkan," katanya kepada pemberita pada sidang media prestasi pelaburan Negeri Sembilan 2023 di sini pada Isnin.
Dalam pada itu Aminuddin sekali lagi mengulangi bahawa kejayaan kerajaan negeri mencapai sasaran pelaburan yang ditetapkan melalui 189 projek diluluskan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM10.1 bilion pada tahun lepas, merupakan pencapaian terbaik direkodkan.
Beliau berkata ini berdasarkan rekod kelulusan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi 2023 apabila pelaburan pada tahun tersebut menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
Memperincikan pencapaian itu, menurutnya sektor pembuatan antara tertinggi direkodkan dengan 75 peratus bersamaan RM7.6 bilion dan sektor perkhidmatan 25 peratus (RM2.5 bilion), manakala pelaburan asing merekodkan RM6.04 bilion melibatkan Sweden, China dan Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Port Dickson
#sektor peranginan
#pelancong
#paling bahagia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan