awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bandar Pendidikan Malaysia D8 bernilai lebih RM2 bilion dibangunkan di Melaka

Bernama
Bernama
19/12/2022
00:45 MYT
Bandar Pendidikan Malaysia D8 bernilai lebih RM2 bilion dibangunkan di Melaka
Sulaiman melihat pelan pembangunan Bandar Pendidikan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) pada Majlis Kesyukuran dan Perasmian Tapak Bandar Pendidikan D8. -Bernama
ALOR GAJAH: Bandar Pendidikan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) melibatkan nilai pelaburan lebih RM2 bilion akan dibangunkan di Taboh Naning di sini, dalam tempoh 15 tahun akan datang.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pembangunan Bandar Pendidikan D8 yang memberi fokus kepada perkembangan pendidikan berasaskan Islam itu, akan dibangunkan dalam tiga fasa secara berperingkat melibatkan keluasan 149.73 hektar.
"Setakat ini pembangunan Bandar Pendidikan D8 bagi fasa satu sedang dilaksanakan melibatkan pelaburan kira-kira RM1 bilion dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun.
"Pembangunan bandar pendidikan ini, merupakan inisiatif Yayasan D8 Malaysia susulan kolaborasi strategik yang dimuktamadkan pada Disember 2018, antara Organisasi D8 dan juga Kumpulan Al-Hidayah," katanya selepas Majlis Kesyukuran dan Perasmian Bandar Pendidikan D8 di sini pada Ahad.
Sulaiman berkata organisasi D8 berkenaan melibatkan keanggotaan negara Islam terdiri daripada Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Iran, Pakistan, Turki, Mesir dan Nigeria.
Beliau berkata satu pusat pengurusan antarabangsa D8 juga, akan ditempatkan dalam bandar pendidikan tersebut, untuk mengurus tadbir rancangan pembangunan terlibat, dilengkapi pelbagai kemudahan guna sama antaranya perpustakaan, dewan syarahan serta kompleks sukan.
Dalam pada itu, Sulaiman berkata kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan pembangunan dalam bidang pendidikan, demi mengangkat martabat sektor pendidikan di Melaka.
"Inisiatif dilaksanakan Yayasan D8 Malaysia untuk membangunkan Bandar Pendidikan Malaysia D8 di Alor Gajah khususnya dalam aspek pendidikan dan pembelajaran adalah amat bertepatan (dengan dasar kerajaan negeri)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taboh Naning
#Sulaiman Md Ali
#Bandar Pendidikan D8
#Kumpulan Lapan Negara Membangun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan