awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkai gajah Pygmy Borneo ditemui di FELCRA Danum

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
27/09/2025
01:10 MYT
Bangkai gajah Pygmy Borneo ditemui di FELCRA Danum
Seekor gajah pygmy Borneo betina ditemui mati di kawasan Blok 57, FELCRA Berhad Estate Danum, Lahad Datu, Sabah, pagi semalam. - Gambar ihsan Jabatan Hidupan Liar Sabah
LAHAD DATU: Seekor gajah pygmy Borneo betina ditemui mati di kawasan Blok 57, FELCRA Berhad Estate Danum, di sini, pagi semalam.
Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar, pemeriksaan awal di lokasi tidak menemui sebarang petunjuk jenayah hidupan liar seperti kesan tembakan, kelongsong peluru atau kecederaan luaran.
Siasatan awal mendapati bangkai gajah berkenaan berada dalam kawasan Hutan Simpan Lembah Danum.
“Berdasarkan maklumat dari staff pengurusan FELCRA Estate Danum, mereka memberitahu pihak kami bangkai tersebut telah dijumpai oleh seorang mandur ladang yang sedang membuat rondaan kira-kira jam 10.20 pagi,”
“Haiwan itu dipercayai mati sejak satu hingga dua hari lalu, namun punca kematian masih belum dapat dipastikan,” katanya.
Beliau berkata, operasi lanjut bersama pasukan bedah siasat postmortem akan dijalankan bagi mengambil sampel dan melakukan analisis makmal.
Gajah pygmy Borneo (Elephas Maximus Borneensis) berkenaan dianggarkan seberat antara 600 hingga 1,200 kilogram dengan ketinggian sekitar 5.2 hingga 5.9 kaki.
Kes itu diklasifikasikan sebagai Refer to Other Agency (ROA) dan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#gajah pygmy borneo
#bangkai gajah
#FELCRA Danum
#jabatan hidupan liar sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan