awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunan Hospital Tanah Merah terbakar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
17/01/2021
15:13 MYT
Bangunan Hospital Tanah Merah terbakar
Berdasarkan maklumat awal, kebakaran berlaku di tingkat tiga bangunan setinggi tujuh tingkat itu.- Gambar/ Media sosial
TANAH MERAH:Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, segera menghantar pasukan sebaik menerima panggilan kecemasan.
Berdasarkan maklumat awal, kebakaran berlaku di tingkat tiga bangunan setinggi tujuh tingkat itu.
Menurut Komander Operasi, Balai Bomba Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mat Zain, pihaknya belum mengenal pasti punca kebakaran tetapi tidak menolak kemungkinan mempunyai kaitan dengan pemasangan kabel elektrik.
Kebakaran | bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
"Kawasan terjejas setakat ini adalah 2,000 meter persegi. Bagaimanapun laporan terperinci, punca dan keluasan sebenarnya belum dapat ditentukan kerana operasi di lokasi kejadian masih berjalan," katanya di sini, malam ini.
Beliau berkata, operasi pemadaman membabitkan beberapa jentera dengan dibantu 15 pegawai dan anggota.
Kebakaran dapat dikawal sekitar jam 9.50 malam namun usaha memadam api masih dijalankan sehingga jam 11 malam tadi.
Topic Berkaitan
#Hospital Tanah Merah
#terbakar
#kebakaran
#bomba
#tingkat tiga
#bangunan tujuh tingkat
#masih dalam pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan