Satu kebakaran dilaporkan berlaku di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing, Petaling Jaya sekitar jam 11 pagi tadi.
Berikut ialah kronologi insiden kebakaran:
11.53 pagi : Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan berhubung kebakaran di bangunan enam tingkat itu.
11.58 pagi: Sekurang-kurangnya, 70 anggota bomba dan penyelamat dari beberapa buah balai bomba di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian untuk proses pemadaman api.
12.20 tengah hari: Punca dan impak masih belum dikenal pasti. Buat masa ini, pengguna jalan raya sedang berkongsi foto serta video kejadian di media sosial.
1 petang: Laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) - Setakat ini, 40 peratus bangunan terjejas dalam kebakaran setinggi enam tingkat. JBPM masih tidak dapat mengenal pasti jika ada kemalangan jiwa atau tidak.
1.30 petang: Dalam mengesahkan kebakaran tersebut, kenyataan media dari Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP berkata cawangan dan pejabat Petaling Jaya itu telah ditutup buat sementara waktu.
"Pasukan Pengurusan Krisis Cawangan sedang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang akan memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar. Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan kami, pengungsian bangunan telah dilakukan dan pejabat dan perkhidmatan kaunter ditutup.
"Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas. Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula," kata kenyataan itu.
GALERI FOTO: Foto di sebalik insiden kebakaran KWSP
1:50 petang: Sidang media Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish di lokasi memberitahu tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua pekerja di bangunan itu, kira-kira 600 orang, terselamat. Pelanggan-pelanggan KWSP yang pada masa insiden berada di kaunter juga berjaya dikeluarkan.
"Data pencarum juga selamat kerana kita ada backup data," katanya. "Kita akan ambil tindakan untuk recovery process secepat mungkin. Our business continuity plan will be in place."
Beliau berkata pelanggan KWSP buat masa ini boleh ke cawangan KWSP yang lain untuk berurusniaga.
2 petang: Sidang media Timbalan Ketua Pengarah JBPM Selangor, Datuk Soiman Jahid mengesahkan, tiada kebakaran berlaku dalam bangunan, hanya cladding atau lapisan pelindung di luar bangunan yang terbakar.
"Punca kebakaran adalah percikan api akibat kerja penyelenggaraan serta cuaca panas dan angin kuat. Cladding yang digunakan juga adalah bahan mudah terbakar seperti yang digunakan di Grenfell Tower di London. Bahan cladding ialah polyethylene (polyfoam), bahan yang mudah terbakar. Ia tidak sepatutnya digunakan di mana-mana bangunan, terutamanya di bangunan agensi kerajaan," tegasnya.
"Bangunan ni tak terbakar, yang terbakar hanya cladding sahaja!"
Soiman berkata pihak bomba mengambil masa 30 minit untuk memadamkan api.
Astro Awani
Tue Feb 13 2018
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di bangunan KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya tengah hari tadi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Pemilik bangunan tinggi disaran tukar salutan tidak mudah terbakar
Tindakan itu bertujuan mengurangkan risiko kebakaran seperti yang berlaku di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Petaling Jaya, Selangor.
[INFOGRAFIK] Berapa banyak lagi bangunan guna lapisan pelindung tidak selamat?
Katanya, cladding yang dibuat daripada polyfoam tidak sepatutnya digunakan di mana-mana bangunan dan ia merupakan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Polyethylene tiada dalam senarai bahan menepati standard - CIDB
Akta tersebut telah menggariskan bahawa hanya bahan binaan yang mematuhi kualiti yang ditetapkan boleh digunakan dalam projek-projek pembinaan.
Kebakaran di KWSP Jalan Bukit Gasing: Apa yang anda yang perlu tahu?
Timbalan Ketua Eksekutif Operasi KWSP Datuk Mohd. Naim Daruwish menegaskan hanya lapisan luar bangunan (cladding) sahaja yang terbakar dan tiada kebakaran yang berlaku di dalam bangunan.
Bangunan KWSP PJ guna panel pelindung mudah terbakar, NIOSH gesa siasatan terperinci
Laporan JBPM juga mendedahkan 47 bangunan tinggi termasuk 40 pangsapuri dan kondominium menggunakan panel pelindung mudah terbakar.
Bangunan KWSP Jalan Gasing terbakar
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing.