awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunan lama perlu pendawaian baharu cegah kebakaran

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
20/09/2022
21:45 MYT
Bangunan lama perlu pendawaian baharu cegah kebakaran
Menurut Md Hilman sistem pendawaian yang baharu perlu bagi bangunan yang berusia lebih puluhan tahun. - Foto fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menyarankan pemilik bangunan lama agar melakukan pendawaian elektrik baharu.
Pengarahnya, Md Hilman Abd Rashid berkata, ia bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini seperti kebakaran yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.
Menurut Md Hilman sistem pendawaian yang baharu perlu bagi bangunan yang berusia lebih puluhan tahun.
"Dari segi kesedaran rumah juga sama, pemilik bangunan, penghuni bangunan tentang keselamatan kebakaran. Yang menjadi isu sekarang ini kita tinggalkan apa nama masakan atas dapur. Biarkan begitu saja.
"Elektrik satu punca kita jadikan sampai lima extension, ini menyebabkan overload kepada elektrik dan berlakunya kebakaran. Inilah punca-puncanya. Jadi kesedaran ini saya nak terapkan dalam Town Hall dan juga cara matlamat kita," katanya.
Md Hilman berkata bagaimanapun pihaknya sentiasa menjalankan kempen keselamatan kebakaran bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.
Setakat ini pihaknya telah mengenalpasti lebih 50 bangunan lama di sekitar kawasan Kampung Cina di Kuala Terengganu.
Topic Berkaitan
#pendawaian elektrik baharu
#pemilik bangunan lama
#JBPM
#Md Hilman Abd Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan