awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunan madrasah terbakar, 20 pelajar sempat selamatkan diri

Sinar Harian
Sinar Harian
24/12/2023
04:15 MYT
Bangunan madrasah terbakar, 20 pelajar sempat selamatkan diri
Bangunan tempat aktiviti pelajar terbakar dalam kejadian kebakaran di Madrasah Al-Fattah, di Kampung Sungai Batu 19, Sandakan. - Foto Sinar Harian
SANDAKAN: Kira-kira 20 pelajar madrasah sempat menyelamatkan diri selepas salah sebuah bangunan terbakar dalam kejadian di Madrasah Al-Fattah, Kampung Sungai Batu 19 di sini pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, semua pelajar di madrasah berkenaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.33 pagi.
Menurutnya, seramai 14 anggota dikejar ke lokasi kejadian terletak sejauh 36 kilometer dari BBP Sandakan.
"Pada mulanya pihak bomba menerima panggilan bahawa berlaku kebakaran melibatkan elektrik, namun kira-kira 10 minit kemudian barulah dimaklumkan kebakaran turut melibatkan bangunan madrasah tersebut.
"Sebaik tiba, sebuah bangunan jenis separuh kekal iaitu tempat pelajar madrasah melakukan aktiviti telah terbakar 100 peratus," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Katanya lagi, operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dengan menggunakan sumber air dari jentera bomba dan sumber air terbuka.
"Ketika kejadian seramai 20 pelajar sudah keluar dari bangunan tersebut dan pasukan bomba kemudian bertindak mengawal kebakaran.
"Api berjaya dikawal dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.19 pagi," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran madrasah
#Madrasah Al-Fattah
#bomba Sandakan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan