awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunkan Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Langsat dengan teknologi moden - Hasni

Bernama
Bernama
12/12/2021
20:45 MYT
Bangunkan Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Langsat dengan teknologi moden - Hasni
Hasni berkata pembangunan dua pelabuhan itu mestilah selari dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). - Bernama
JOHOR BAHRU: Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Langsat di Pasir Gudang perlu dibangunkan dengan teknologi moden, bagi memastikan ia terus menjadi tumpuan sektor perindustrian, pengangkutan serta sebagai pelabuhan utama selatan.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata pembangunan dua pelabuhan itu mestilah selari dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0), termasuk penggunaan Internet Benda (IoT), pengkomputeran awan, data terbuka dan analisis data besar.
"Kedudukan Pasir Gudang yang strategik merupakan peluang keemasan bagi Johor, kerana kawasan tersebut menjadi tumpuan sektor perindustrian dan pelabuhan utama di peringkat nasional serta antarabangsa.
"Ia berpotensi memulihkan dan menambah baik peluang pelaburan dari dalam mahupun luar negara, sebagai menyumbang kepada kemajuan kawasan Pasir Gudang," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
Beliau berkata trend pembangunan berasaskan teknologi tinggi berjaya memberi impak besar terhadap ekonomi global, selain mengubah cara hidup penduduk dunia secara umumnya walaupun berada dalam situasi pandemik.
Katanya Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) perlu menjadi pelopor dan pencetus pelbagai bentuk kreativiti, inovasi serta idea baharu dalam inisiatif pembangunan, khususnya bagi memberikan perkhidmatan bertaraf global kepada agensi, pihak-pihak berkepentingan dan rakyat.
Terdahulu, Hasni menghadiri Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar MBPG yang pertama Datuk Asman Shah Abd Rahman di Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang.
Pada Khamis lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat menyempurnakan Pengisytiharan MBPG di Menara Aqabah, Pasir Gudang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hasni Mohammad
#pelabuhan
#ekonomi
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan