KOTA BHARU: Sebanyak 10 sungai utama di Kelantan telah melepasi paras bahaya membabitkan enam jajahan iaitu Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok setakat pukul 1 tengah hari ini.
Berdasarkan laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my/, sungai terbabit yang melepasi paras bahaya adalah tiga sungai di Kuala Krai iaitu Sungai Lebir di Kampung Tualang dengan bacaan 39.40 meter (m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.19 m) dan Sungai Nal di Kampung Sungai Nal (29.24 m).
Selain itu, masing-masing dua sungai di Jeli dan Tanah Merah turut merekodkan bacaan paras bahaya iaitu Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Kuala Balah (55.76 m), Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (29.72 m) serta Kampung Jenob (24.97 m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (25.08 m).
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.70 m), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (3.00 m) dan Jambatan Melor, Bachok (9.87 m) turut merekodkan bacaan paras bahaya.
Sementara, para air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu (3.44 m) dan Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh (2.73 m) berada pada paras waspada.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022
Sebanyak 10 sungai utama di Kelantan telah melepasi paras bahaya membabitkan enam jajahan.- BERNAMA
Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama tahun ini
Trafik penumpang udara berkembang 16.1 peratus kepada 22.6 juta penumpang pada suku pertama tahun ini selepas dipacu oleh trafik udara antarabangsa.
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Lima dimasukkan ke hospital di Terengganu kerana cuaca panas
Anggota tentera antara lima individu yang dimasukkan ke hospital susulan cuaca panas yang melanda Terengganu sepanjang April lalu.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft untuk Malaysia
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bersua muka dengan Ketua Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, di ibu negara, bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI Microsoft, serta peluang yang terbuka demi kemakmuran ekonomi negara ini.
AWANI Ringkas: JAKIM buka talian khas terima aduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada semakan selepas 13 tahun: Kenaikan gaji penjawat awam wajar, munasabah dan adil - Sim
Semakan gaji penjawat awam yang diumumkan Anwar bersempena dengan Hari Pekerja semalam adalah wajar dan munasabah, mengambil kira peningkatan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Menangis di depan Kaabah walaupun hakikatnya kami buta - OKU penglihatan
"Walaupun kami tak nampak, apabila berada di depan pintu Kaabah, kami berasa hiba dan terus menangis sebab dapat merasakan kelainan dengan keadaan nyaman dan sejuk yang tidak sama dengan tempat lain."
Bursa Malaysia ditutup kukuh, didorong belian semasa harga murah
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul susulan pengambilan untung pada Selasa.
Astrazeneca: KKM akan dapatkan penjelasan kesan sampingan vaksin
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Kerajaan utamakan penyampaian perkhidmatan kesihatan
Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan, walaupun membina sebuah lagi hospital adalah pilihan yang lebih mudah, ia bukan penyelesaian terbaik kepada masalah sedia ada.
Penduduk Taman Haji Hadi bimbang runtuhan tebing Sungai Kelantan
Lima keluarga yang menetap di Taman Haji Hadi hidup dalam kebimbangan selepas berlaku kejadian runtuhan tebing di Sungai Kelantan.
Mangsa banjir di Kelantan dan Pahang makin meningkat
Banjir di Kelantan dan Pahang semakin buruk apabila masing-masing mencatatkan mangsa seramai 6,851 orang dan 523 orang pada Isnin.
Insiden jatuh bot: Polis jumpa petunjuk
Polis menemui petunjuk dalam kejadian dua mangsa yang dikhuatiri hilang di Sungai Kelantan Kampung Pasir Pekan Hulu di sini dan akan meluaskan kawasan pencarian.
'Rezeki terpijak' pesara tentera di tepi Sungai Kelantan
Mazlan Hussin berkata, setiap hari sepanjang Ramadan dia mampu menjual hampir 300 keping plastik berkenaan.
Pemuda hilang di Sungai Kelantan ditemukan lemas
Mayat Muhammad Hisyamuddin Che Zulkifly ditemui tersangkut di tepi tongkang pasir oleh orang awam.
Banjir: 10 sungai utama di Kelantan lepasi paras bahaya
Sebanyak 10 sungai utama di Kelantan telah melepasi paras bahaya membabitkan enam jajahan iaitu Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok setakat pukul 1 tengah hari ini.
Mayat lengkap berpakaian dipercayai kakitangan Jabatan Imigresen ditemukan lemas
Mayat yang masih lengkap berpakaian ditemui berhampiran kampung Penambang, kira kira 4 kilometer dari tempat mangsa jatuh.
Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan
Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 200 meter dari Pusat Operasi Sukarelawan Perikanan, Pengkalan Pasir Pekan.
JPS keluarkan amaran banjir di Kuala Krai, Tanah Merah hari ini
Beberapa lokasi di dua jajahan tersebut dikenal pasti dijangka berlakunya banjir secara berperingkat sekiranya hujan lebat berpanjangan.
Tebing sungai runtuh: Rumah pusaka hanya tinggal kenangan buat Wan Khadijah
Wanita berusia 77 tahun itu merupakan pemilik kediaman pertama yang musnah dalam kejadian tebing runtuh di Sungai Kelantan berhampiran Dataran Air Muleh dekat kampung berkenaan.