awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 127 penduduk Kinabatangan berlindung di PPS pagi ini

Bernama
Bernama
05/04/2025
03:15 MYT
Banjir: 127 penduduk Kinabatangan berlindung di PPS pagi ini
Pada 2 April, Kinabatangan diisytihar sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai di tahap bahaya. - Gambar fail
KINABATANGAN: Seramai 127 penduduk daripada 29 keluarga mangsa banjir di beberapa kampung di sini, telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam, setakat 8 pagi ini.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, jumlah itu meningkat berbanding hanya 14 penduduk daripada tiga keluarga yang berlindung di PPS berkenaan pada tengah hari semalam.
"Semua mangsa terbabit adalah penduduk daripada empat kampung yang terjejas banjir," menurut sekretariat itu dalam kenyataan, hari ini.
Pada 2 April, Kinabatangan diisytihar sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai di tahap bahaya.
Tujuh kampung di daerah terletak kira-kira 306 kilometer dari Kota Kinabalu itu, terjejas banjir dan sebuah PPS telah dibuka di SK Bukit Garam yang beroperasi sejak 6 petang Rabu.
Semalam, Pusat Kawalan Operasi Bencana telah mengeluarkan Arahan Pengosongan berdasarkan Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1 dengan mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon merah.
Tindakan itu diambil susulan kedegilan sebahagian penduduk yang enggan berpindah ke PPS walaupun paras air sungai telah melebihi paras bahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#Kinabatangan
#PPS
#jumlah mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan