awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 19 mangsa dipindahkan ke PPS susulan fenomena air pasang besar

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
04/01/2022
02:26 MYT
Banjir: 19 mangsa dipindahkan ke PPS susulan fenomena air pasang besar
Fenomena air pasang besar yang melanda Terengganu menyaksikan beberapa kawasan berhampiran pesisir pantai dan Sungai Terengganu mula dilimpahi air. -Astro AWANI
KEMAMAN: Fenomena air pasang besar yang melanda Terengganu menyaksikan beberapa kawasan berhampiran pesisir pantai dan Sungai Terengganu mula dilimpahi air.
Susulan itu, seramai 19 mangsa melibatkan lima keluarga dari daerah Kemaman telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, seramai 10 mangsa melibatkan dua keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga.
Manakala sembilan lagi mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor yang diaktifkan pada jam 10 malam tadi.
Pada Isnin, situasi banjir di Terengganu pulih dan kesemua mangsa yang berada di PPS kembali ke rumah masing-masing.
Bagaimanapun tidak sampai 12 jam, dua PPS kembali diaktifkan berikutan fenomena air pasang besar menyebabkan kediaman mangsa dilimpahi air.
Terdahulu, banjir di daerah Dungun yang melanda sejak Khamis pulih sepenuhnya susulan penutupan PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor jam 12 tengah hari semalam.
Susulan penutupan itu, seramai 137 mangsa daripada 42 keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kemaman
#terengganu
#air pasang besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan