KOTA TINGGI: Sebanyak tiga jalan di daerah Kota Tinggi telah ditutup untuk kenderaan ringan kerana dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.
Pegawai Daerah Kota Tinggi Datin Hazlina Jalil berkata ketiga-tiga jalan melibatkan Jalan Ladang Siang, Jalan Lok Heng-Sungai Mas dan Jalan Perani.
"Bagaimanapun, tiada jalan utama ditutup setakat ini dan hanya tiga laluan itu sahaja ditutup untuk kenderaan ringan.
"Sebenarnya banjir kali ini adalah kerana pertembungan hujan berterusan sejak malam tadi dan air pasang, jadi kita sentiasa memantau dan bersiap sedia," katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Taman Desaru Utama di sini.
Seorang penduduk Md Johari Dol, 67, berkata banjir kali ini menyaksikan paras air meningkat mendadak susulan hujan lebat sejak malam tadi di daerah itu.
"Masuk ni sudah tiga kali kami terjejas banjir, tetapi kali ini paling teruk sebab air laju dan cepat naik sampai masuk ke dalam rumah, ada yang paras lutut dan peha, kalau di jalan luar pula paras pinggang.
"Mungkin antara punca banjir sebab ada taman perumahan baharu berdekatan sekali gus menyebabkan air terus mengalir dan berkumpul ke sini," kata bapa kepada enam anak itu.
Zaleha Abdul Rahman, 36, yang tinggal di perumahan itu sejak sembilan tahun lepas pula berkata rata-rata penduduk sudah bersiap sedia dan menjangkakan banjir berlaku.
"Kita memang sentiasa bersedia sebab Jabatan Meteorologi Malaysia juga sudah mengeluarkan amaran hujan lebat dan mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan ke PPS," kata suri rumah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023

Jalan yang terjejas ialah Jalan Ladang Siang, Jalan Lok Heng-Sungai Mas dan Jalan Perani. - Gambar/ JKR Kota Tinggi

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Mangsa banjir di Sabah, Johor menurun, Pahang kekal
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor merekodkan penurunan manakala Pahang kekal dengan 314 mangsa malam ini.

Tidak perlu laksana darurat bencana, banjir cuma libatkan beberapa negeri sahaja - Ahmad Zahid
Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan darurat bencana kerana kejadian banjir ketika ini hanya melibatkan beberapa negeri dan daerah tertentu sahaja.

Risiko banjir kilat di tiga negeri dalam tempoh 12 jam
JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam di beberapa daerah melibatkan Johor, Pahang dan Sarawak.

Banjir: Empat negeri terkesan, Sabah paling terjejas - Armizan
Dalam pada itu, negara kini dilanda episod hujan lebat berterusan ketiga yang bermula sejak 19 Januari lalu, dengan luruan Monsun dijangka berterusan sehingga 4 Februari.

Banjir New Zealand: 3 maut, 1 hilang selepas kejadian hujan lebat di Auckland
Hujan lebat berterusan telah membuatkan lebuh raya ditutup dan aliran bah memasuki kawasan perumahan.

Hampir 14,000 mangsa banjir di tiga negeri berlindung di PPS
Mersing kekal dengan jumlah mangsa paling ramai melibatkan 1,792 orang, diikuti Kluang (780), Kota Tinggi (417), Batu Pahat (209), Segamat (115) dan Tangkak (15).

Mangsa banjir di Johor meningkat semula kepada 3,480
Mangsa banjir melibatkan 960 keluarga dari enam daerah iaitu di Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat dan Tangkak.

Banjir Pahang: Jumlah mangsa meningkat, 353 ditempatkan di 4 PPS
Paras Sungai Keratong itu merekodkan bacaan 24.36 meter berbanding paras bahaya ditetapkan ialah 23 meter.

Nelayan terperangkap 3 hari di pulau selepas hanyut banjir
Jaikon Majumban dikatakan hanyut ketika banjir besar berlaku semasa dia sedang membersihkan perahunya kira-kira jam 6.45 pagi Rabu lalu.