awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 32 jalan ditutup di Terengganu

Bernama
Bernama
28/11/2024
06:00 MYT
Banjir: 32 jalan ditutup di Terengganu
Jalan Besol Lama-Rantau Panjang ditutup kepada semua jenis kenderaan disebabkan oleh keadaan kerosakan cerun yang amat berisiko untuk dilalui. - Gambar/ JKR Dungun
BANDAR PERMAISURI: Sebanyak 32 jalan membabitkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Terengganu ditutup setakat 10 pagi tadi susulan keadaan banjir semakin memburuk.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menerusi laporan hari ini memaklumkan kesemua jalan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan setelah dilimpahi air melebihi kedalaman 0.76 meter (m).
"Ia membabitkan 12 jalan di daerah Hulu Terengganu antaranya Jalan Bukit Perah-Kuala Kejir di Kampung Jak dan Kuala Kejir, Jalan Simpang Gaung-Sungai Tong di Kampung Teris, Jalan Utama Bukit Diman-Tersat di Kampung Pengkalan Ajal dan Jalan Aring 8-Kuala Jeneris di Kampung Pasir Dula.
"Enam jalan ditutup di daerah Setiu termasuk Jalan Chalok di Kampung Lubok Panjang dan Jalan Kampung Bukit di Kampung Bukit manakala masing-masing lima jalan ditutup di daerah Kemaman dan Dungun, termasuk empat di Besut," menurut laporan itu.
Laporan itu memaklumkan 13 jalan iaitu lima di Setiu, Hulu Terengganu (tiga), Besut (dua), dan masing-masing satu di Kemaman, Marang dan Dungun yang dinaiki air sedalam 0.35m hingga 0.75m pula ditutup untuk kenderaan ringan.
Menurut kenyataan itu, hanya Jalan Kenyir-Aring di Kilometer 87-89 di Hulu Terengganu berlakunya masalah jalan mendap setakat ini.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di seluruh Terengganu bermula semalam hingga Jumaat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jalan tutup
#banjir terengganu
#JKR
#senarai jalan tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan