Banjir: 37 mangsa masih berlindung di Samarahan

Kesemua mereka ditempatkan di PPS Bangunan Masjid Lama, Kampung Seruyuk di Bahagian Samarahan yang dibuka semalam. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUCHING: Sebanyak 37 mangsa banjir daripada sembilan keluarga dari Kampung Serunyuk masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak, setakat pagi ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua mereka ditempatkan di PPS Bangunan Masjid Lama, Kampung Seruyuk di Bahagian Samarahan yang dibuka semalam.
"Jumlah mangsa banjir terkini menunjukkan peningkatan sedikit, berbanding 25 mangsa daripada lapan keluarga semalam," menurut kenyataan itu.
Banjir kali ini ialah gelombang kedua yang melanda Sarawak, selepas situasi sebelum ini pulih sepenuhnya pada 17 Jan lepas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


