KUCHING:Fenomena air pasang besar yang mencecah sehingga 6.1 meter bermula jam 5.20 pagi tadi menyebabkan banyak kawasan di Daerah Kuching, Bau, Samarahan dan Serian terus dinaiki air.
Menurut laporan terkini Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, sehingga jam 8 pagi ini, sejumlah 48 pusat pemindahan sementara (PPS) sedang beroperasi di seluruh negeri, melibatkan 1,127 keluarga dan 4,222 mangsa.
Daripada jumlah berkenaan, 30 PPS adalah di Bahagian Kuching, yang menempatkan 722 keluarga dan 2,865 mangsa.
Ia merupakan peningkatan tiga kali ganda jumlah mangsa berbanding 1,826 orang di 33 PPS di beberapa daerah di Sarawak petang semalam.
Bahagian Samarahan menempatkan 105 keluarga dan 314 mangsa di empat pusat pemindahan. manakala Bahagian Serian merekodkan 1,014 mangsa daripada 296 keluarga di sembilan pusat pemindahan.
Miri kekal dengan dua PPS yang menempatkan 29 mangsa dari empat keluarga.
Sementara itu, menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah, setakat ini pihaknya telah mengendalikan urusan pemindahan dan menyelamat 1,049 mangsa di seluruh negeri, termasuk lapan orang kelainan upaya (OKU), 29 bayi dan 255 kanak-kanak.
Gerak kerja pemindahan ini katanya, dilaksanakan sembilan balai bomba dan penyelamat di seluruh negeri, dengan yang paling aktif ialah Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Petra Jaya dan Batu Lintang.
“Pada masa yang sama, terdapat lima kes tanah runtuh dilaporkan,
"Melibatkan lokasi Rumah Panjang Panggil Atas (Sri Aman); Lorong Gersik 3 (Kuching); Paya Mebi (Padawan); Grogo (Bau) dan Rumah Cuat Sungai Ribong (Sarikei)," tambahnya.
Fenomena air pasang besar hari ini juga dijangka berlaku di Kuching pada jam 7.01 malam ini dan di Miri jam 11.52 malam.
Munirah Mudzamli
Thu Jan 14 2021

Keadaan di sekitar tebingan Kuching (waterfront) yang dirakam pengguna media sosial pada Khamis. - Foto media sosial

Trump mulakan lawatan 'Diplomasi Teluk' untuk teguhkan hubungan strategik - Pakar
Lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke beberapa negara Teluk dilihat sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik, khususnya dalam bidang ekonomi.
‘Tak ada jalan lain, Nurul Izzah kena menang’ – Rafizi
Tidak ada jalan lain melainkan perlunya memenangkan Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat yang baharu, biarpun beliau adalah anak kepada Presiden Parti, kata Datuk Seri Rafizi Ramli. #AWANInews
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya. #AWANInews
ICAO putuskan Rusia tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17
Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab terhadap insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17.
#AWANInews
#AWANInews

Petinju MMA ditikam tiga kali oleh bekas ahli gim
SEORANG petinju MMA berusia 24 tahun ditikam tiga kali di New York oleh seorang bekas ahli gim yang sebelum ini dilarang daripada masuk ke kemudahan itu.

Polis tahan dua lelaki, selesai kes samun tujuh kedai serbaneka
Polis berjaya menyelesaikan kes samun berkawan membabitkan tujuh kedai serbaneka di sekitar Kota Bharu dalam tempoh kurang 72 jam, selepas menahan dua suspek di Jalan Sultanah Zainab semalam.
"Pemilihan dalam parti bukan 'us versus them'" - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution menjawab soalan media berkenaan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyatakan berpendirian beliau bahawa pemilihan dalam parti adalah 'we are together'.
#AWANInews
#AWANInews
Penurunan angka penagih baru sebanyak 10.5 peratus - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution berkongsi data angka penagih dadah yang direkodkan. Setelah tindakan penutupan pengkalan haram dan jalan tikus di negeri-negeri sempadan, membuahkan hasil dengan turunnya sebanyak 10.5 peratus pada suku pertama 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AADK kerjasama Geospatial: Analisis berasaskan aplikasi AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media perhimpunan bulanan KDN menerangkan berkenaan anjakan yang dilakukan oleh AADK terhadap analisis data. Kerjasama bersama Pusat Geospatial dapat membantu pihak AADK menanalisis data mentah serta melakukan unjuran berdasarkan fakta yang dikumpul.
#AWANInews
#AWANInews

Konflik hidupan liar: Nik Nazmi seru kerjasama kerajaan negeri-Pusat
Kerjasama negeri-Persekutuan penting bagi menyelesaikan konflik gajah-manusia, lindungi habitat dan elak tragedi berulang.

Sarawak terus perkukuh usaha tuntut autonomi pendidikan - Dr Annuar
Sarawak terus memperkukuh usaha menuntut autonomi pendidikan berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang kini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam bidang utama dipersetujui - Abang Johari
Kerajaan negeri dan Airbus setuju menubuhkan satu pasukan bersama bagi merangka pelan hala tuju pembangunan industri aeroangkasa negeri itu.

Sarawak anjur Persidangan Antarabangsa Mengenai Penuaan 28-29 Okt
Persidangan berkenaan diadakan dengan matlamat menangani isu berkaitan populasi menua, di samping mencadangkan penyelesaian inovatif.

Hanya Petronas miliki hak petroleum negara - Hafiz Hassan
Hanya Petronas dikatakan berhak atas petroleum negara menerusi PDA 1974, susulan cabaran undang-undang terkini oleh Sarawak terhadap Petronas Carigali.

Wartawan veteran James Ritchie meninggal dunia
Wartawan veteran James Alexander Ritchie atau lebih dikenali sebagai James Ritchie meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (SGH) hari ini, pada usia 75 tahun.

Sarawak kaji model Scotland-UK untuk rangka mekanisme agihan hasil karbon
Perkara itu penting bagi memastikan Sarawak memperoleh pulangan yang adil daripada sumber asli negeri, kata Tan Sri Abang Johari.

Tuntutan lesen Sarawak ke atas Petronas satu duluan berbahaya - Penganalisis
Tindakan Sarawak mengarah Petronas memohon lesen negeri bagi operasi MCOT dibimbangi wujudkan duluan berisiko yang boleh jejaskan kestabilan sektor minyak dan gas negara.

Sarawak dakwa Petronas Carigali beroperasi tanpa lesen di Terminal Miri
Kerajaan Sarawak mendakwa Petronas Carigali melanggar Ordinan Pengagihan Gas 2016 selepas beroperasi tanpa lesen di Terminal Minyak Mentah Miri.

Ketelusan Petronas-Petros penting untuk bendung pelaburan keluar - Penganalisis
SARAWAK mungkin sedang berdepan gelombang awal aliran keluar pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor minyak dan gas (O&G).

Sarawak model perpaduan dalam kepelbagaian bagi ASEAN - Tiong
Sarawak terus menjadi contoh perpaduan dalam kepelbagaian bagi ASEAN, mencerminkan inti pati Malaysia sebagai negara yang harmoni dan kaya budaya.