awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 750 anggota, 144 aset PDRM dikerah ke lima negeri

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2023
06:36 MYT
Banjir: 750 anggota, 144 aset PDRM dikerah ke lima negeri
Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) berkata, daripada 144 aset, 47 adalah bot, 32 lori, 59 kenderaan pacuan empat roda serta enam ambulans dan van. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 750 anggota dan 144 aset digerakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu operasi di lima negeri yang terjejas akibat banjir, setakat Khamis.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lima negeri berkenaan adalah Terengganu, Kelantan, Johor, Pahang dan Sabah.
"Keadaan pun baik sedikit berbanding hari sebelum ini. Setakat semalam (Khamis) kita sudah mengerakkan 750 sumber manusia dan 144 aset dengan 47 aset adalah bot, 32 lori, 59 kenderaan pacuan empat roda serta enam ambulans dan van," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ayob Khan memberitahu, kesemua aset berkenaan berada dalam keadaan baik dan tidak ditenggelami banjir.
Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang tidak banyak berubah pada pagi Jumaat.
Ia menyaksikan penurunan kepada 23,008 orang berbanding 23,011 mangsa tengah malam tadi, yang ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS).
Sementara itu, banjir di Sabah pulih sepenuhnya dengan kumpulan terakhir enam mangsa daripada tiga keluarga di daerah Paitan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing Khamis.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PDRM
#ayob khan mydin pitchay
#banjir
#aset digerakkan
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan