awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 802 keluarga terima bantuan wang ihsan RM1,000 - MB Pahang

Bernama
Bernama
11/01/2023
10:17 MYT
Banjir: 802 keluarga terima bantuan wang ihsan RM1,000 - MB Pahang
Bantuan berkenaan akan diserahkan kepada penerima selewat-lewatnya 16 Feb ini.- BERNAMA
KUANTAN: Sebanyak 802 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir melanda Pahang baru-baru ini akan menerima Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata bantuan berkenaan merupakan peruntukan awal yang disalurkan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjumlah RM1 juta kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
Katanya, bantuan berkenaan akan diserahkan kepada penerima selewat-lewatnya 16 Feb ini.
"Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir terlibat.
"Saya berharap mereka yang menerima bantuan dapat menggunakan sumbangan itu untuk membeli barang keperluan dan perkakasan bagi mengurangkan beban ditanggung. Saya juga berdoa semoga kita semua dilindungi Allah SWT daripada segala musibah dan juga bencana," katanya menerusi catatan di laman Facebook beliau hari ini.
Sepanjang tempoh Monsun Timur Laut baru-baru ini, tujuh daerah di Pahang telah terlibat dengan banjir iaitu Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh, Bera, Kuantan dan Pekan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#pusat pemindahan
#Ketua Isi Rumah
#Bantuan Wang Ihsan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan