SEGAMAT: Mangsa banjir diharap akur dengan arahan berpindah, supaya pihak berkuasa dapat membantu dalam melancarkan bantuan dan misi menyelamat mereka ke tempat yang lebih selamat.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata operasi menyelamat dilihat lebih mudah apabila mangsa sendiri rela dan membantu untuk berpindah oleh agensi-agensi terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
"Bayangkan jika satu kawasan perumahan ada 400 rumah dan satu rumah kita anggarkan proses menyelamat dalam tempoh lima minit tetapi apabila ada situasi mangsa yang enggan pindah, ia mungkin akan menimbulkan masalah.
"Kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku dan ini memberi kesan kepada ahli keluarga mangsa banjir itu. Sebenarnya, operasi menyelamat bermula daripada mangsa sendiri dan mereka (mangsa) boleh membantu meringankan beban anggota sebagai penyelamat," katanya pada sidang media di Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, di sini pada Khamis.
Akmal Nasrullah berkata demikian ketika mengulas mengenai kejadian mayat dua warga emas yang ditemukan pagi tadi di Kampung Kwongsai, Chaah di Segamat selepas terperangkap dalam rumah akibat tidak menjangkakan keadaan banjir berlaku di kawasan itu.
Beliau berkata banjir yang melanda Segamat bermula awal pagi Selasa berlaku dengan cepat berikutan hujan lebat berterusan sejak Isnin.
"Dalam kejadian banjir itu, bomba menerima panggilan kecemasan bermula 2 pagi dan mengatur gerak jentera serta anggota untuk membantu.
"Apabila terputus hubungan bukan saja laluan masuk, telekomunikasi dan tenaga elektrik, anggota bomba sentiasa bersedia untuk masuk ke kawasan terjejas termasuk menggunakan bot untuk membantu memindahkan mangsa banjir," katanya.
Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata sebanyak 732 anggota bersama 58 jentera dan 25 bot telah dikerahkan bagi usaha menyelamat mangsa banjir di Chaah, Labis dan Segamat bermula 1 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023

Sebanyak 732 anggota bersama 58 jentera dan 25 bot telah dikerahkan bagi usaha menyelamat mangsa banjir di Chaah, Labis dan Segamat bermula 1 Mac lepas. - Foto Facebook/Akmal Nasir

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

Arab Saudi keluar amaran hujan lebat berterusan, banjir landa Kota Makkah
Arab Saudi beri amaran hujan lebat berterusan selain ribut petir disertai ketulan air batu dan banjir kilat di kebanyakan wilayah di negara itu, mulai hari ini.

Kawasan dilanda banjir di Itali masih dalam bahaya
Banyak bandar dan pekan kecil ditenggelami lumpur yang memaksa penduduk meninggalkan rumah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Angka kematian akibat banjir di Itali meningkat kepada 14 orang
Jumlah kematian akibat banjir besar di utara Itali meningkat kepada 14 orang selepas mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di bandar Faenza pada Jumaat.

9 terkorban, ribuan penduduk di Itali dipindah akibat banjir
Beberapa kawasan di bandar Faenza masih ditenggelami air dengan kereta-kereta terbenam di bawah tanah banjir dan lumpur.

Subsidi minyak masak: Peniaga kecil disaran daftar perniagaan - Fuziah
Langkah itu bagi memastikan golongan yang sememangnya layak menikmati subsidi menerima manfaat tersebut.

Hujan lebat cetus banjir di Itali
Hujan lebat melanda utara Itali pada Rabu mengakibatkan kejadian banjir dan Sungai Savio melimpah, lapor Agensi Anadolu.

Helmet, jaket keselamatan Mohd Diya jadi pengubat rindu keluarga
Kedua-dua anak Mohd Diya menerima barangan peribadi bapa mereka dalam keadaan sebak dan majlis berkenaan turut dihadiri isteri Allahyarham, Noraida Che Noh, 41.

438 penduduk kampung maut akibat banjir, tanah runtuh di DR Congo
Kebanyakan mayat mangsa ditemukan di Bushushu dan Nyamukubi, dua kampung di wilayah Kivu Selatan yang terjejas teruk banjir akibat hujan lebat.

Bantuan khas banjir daerah Besut dibayar sebelum hujung bulan ini - MB
Setiap KIR yang terlibat akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 daripada kerajaan negeri.