KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggerakkan semua agensi di bawahnya menerusi Op Bantu Baling bagi mengkoordinasi bantuan dan operasi menyelamat mangsa tragedi banjir di Baling, Kedah.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Op itu diketuai Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad melibatkan pelbagai agensi di bawah KDN antaranya Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Jabatan Penjara Malaysia.
Beliau berkata 164 pegawai serta anggota PDRM telah diatur gerak manakala sebanyak 44 aset kenderaan serta peralatan kecemasan PDRM dihantar ke lokasi bencana termasuk empat bot, lapan lori dan tiga kenderaan pacuan empat roda.
"Seramai 46 anggota RELA juga dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di kawasan yang terlibat dan ditugaskan di pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Hamzah berkata orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berhubung situasi banjir boleh menghubungi Pusat Kawalan Malaysia (MCC) PDRM di talian 03-2266 3333 / 03-2266 3444 / 03-2266 3451 atau talian MERS 999.
Insiden banjir dan fenomena kepala air yang berlaku pada kira-kira 4 petang Isnin di Baling telah mengakibatkan tiga nyawa terkorban dengan tiga PPS dibuka bagi menempatkan lebih 1,400 mangsa banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022

HAMZAH: Seramai 46 anggota RELA juga dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di kawasan yang terlibat dan ditugaskan di pusat pemindahan sementara. -Foto fail/BERNAMA

Isu Warganegara | Dua beradik terima MyKad, kembali ke sekolah
Perasaan yang sukar digambarkan selepas lebih setahun tidak dapat ke sekolah. Kini Ivy Willy dan kakaknya Illa akan berpeluang menyambung semula sesi persekolahan selepas permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan diri diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

PM Ismail Sabri yakin pelabur asing terus tanam modal di Malaysia
Perdana Menteri menzahirkan keyakinan bahawa pelabur asing akan terus berminat menanam modal di negara ini hasil polisi dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Hari Kemanusiaan | Malaysia for Syria terus beri bantuan
Meski tidak banyak perubahan yang berjaya dilakukan dalam usaha menyelamatkan Syria terutama nasib kanak-kanak, namun tidak mematahkan semangat Malaysia for Syria untuk terus menghulurkan bantuan.

Kemarau | China keluarkan amaran kemarau kebangsaan
China mengeluarkan amaran kemarau yang pertama tahun ini ketika pihak berkuasa giat menangani kebakaran hutan, selain menggerakkan pasukan khas untuk melindungi tanaman supaya tidak terjejas akibat suhu panas di sepanjang lembangan Sungai Yangtze.

RMK-12 | RM6.3 bilion peruntukan diluluskan untuk Selangor
Kerajaan meluluskan peruntukan RM6.3 bilion bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan fasiliti penyampaian perkhidmatan di Selangor di bawah rolling plan kedua Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara projek penting yang akan dilaksanakan termasuk lima projek tebatan banjir di Selangor dengan peruntukan RM4.7 bilion.

Dua beradik dari Sarawak sudah ada MyKad, tidak sabar kembali ke sekolah
Tiada lagi kegelisahan dapat dirasai buat dua adik beradik Illa Willy dan Ivy Willy untuk meneruskan persekolahan dengan dokumen yang sah.

Kemalangan | Treler terjunam dari atas lebuh raya
Sebuah treler terbabas lalu terjunam dari lebuh raya ke Jalan Persekutuan di Kilometer 271.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Ipoh, tengahari Jumaat. Kemalangan itu dikatakan turut menyebabkan dua buah kereta yang melalui jalan Kuala Kangsar di bawah lebuh raya berkenaan mengalami kerosakan selepas dipercayai ditimpa serpihan besi.

Tenaga Buruh | Cadangan kerja 45 jam tidak menjejaskan produktiviti
Cadangan pelaksanaan waktu kerja 45 jam seminggu berbanding 48 jam tidak akan menjejaskan produktiviti. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, sebaliknya cadangan waktu kerja lebih pendek mampu memberikan keseimbangan waktu peribadi dan kerja sekali gus membawa kepada hasil produktiviti lebih baik.

Operasi KKM | Dua pemilik kilang ais dikompaun
Dua pemilik kilang ais dikenakan kompaun selepas gagal mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam satu operasi di Bandar BDC, Sandakan. Pemilik kedua-dua kilang itu masing-masing dikompaun RM3,500 dan RM6,000 . Operasi melibatkan sembilan petugas KKM mendapati ada pekerja tidak memiliki kad kesihatan, selain tidak memiliki lesen keselamatan KKM.

Piala Dunia FIFA Qatar, 2.45 juta tiket terjual setakat ini
Peminat yang memiliki satu atau lebih tiket perlawanan dalam akaun mereka digalakkan untuk mula merancang perjalanan mereka secepat mungkin.

Keperluan Khas | Sebuah bakeri ditubuhkan bantu golongan autistik
Sarawak kini memiliki bakeri yang diusahakan sepenuhnya golongan autistik. Penubuhan bakeri itu mampu membantu dan membimbing anak muda autistik berdikari serta menikmati pendapatan sendiri. Kewujudan bakeri ini adalah susulan latihan kemahiran yang diterima kelompok pertama pelatih ini.

Gangguan Air | Berpunca daripada paip bocor di projek lebuh raya
Masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Sarawak adalah disebabkan aktiviti pembinaan jalan dan lebuh raya termasuk Pan Borneo. Perkara itu juga menjadi keutamaan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi selain peranan agensi pelaksana berkomunikasi bagi mengelak berlakunya masalah gangguan dan kebocoran paip di kawasan projek pembinaan.