BALING: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membina segera jambatan sementara selepas Jambatan Lata Celak di Kampung Iboi di sini runtuh dan dihanyutkan air berikutan banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di daerah ini, petang semalam.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tindakan itu penting untuk memudahkan penduduk kampung untuk berulang alik ke sekolah dan masjid berdekatan.
"Kita akan buat sambungan jambatan di sungai kampung ini yang membolehkan penduduk menyeberang ke sekolah dan masjid, kita buat jambatan sementara dahulu sebab kalau nak buat jambatan konkrit yang siap sepenuhnya memakan masa," katanya kepada pemberita selepas meninjau kesan banjir di sekitar Kampung Iboi di sini hari ini.
Mahdzir berkata segala bantuan berkaitan pembaikan atau pembinaan infrastruktur serta rumah yang rosak akibat bencana itu akan dikoordinasi oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU).
"Kita bersetuju semua sekali dikoordinasi oleh ICU dan semua agensi lain itu akan ikut ICU," katanya sambil memaklumkan KPLB mempunyai peruntukan segera untuk kerja-kerja membaik pulih kemudahan yang terjejas akibat bencana itu namun ia memerlukan penelitian sebelum peruntukan diluluskan.
Beliau berkata KPLB menerusi pihak GiatMARA akan membantu membaik pulih rumah penduduk yang rosak akibat bencana berkenaan yang dianggarkan kira-kira 70 rumah.
Ditanya sama ada terdapat premis KPLB seperti tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) turut terjejasa susulan bencana itu, Mahdzir berkata ia tidak melibatkan premis KPLB namun terdapat kakitangan Kemas terlibat dengan banjir berkenaan.
Kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku petang semalam itu mengorbankan tiga beranak manakala tujuh rumah musnah dihanyutkan arus deras.
Untuk rekod, Kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan peringkat awal bernilai RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir di sini manakala keluarga yang terlibat dengan kehilangan nyawa akan diberi sumbangan bernilai RM10,000.
Dalam laporan media hari ini, Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus dipetik sebagai setakat ini sumbangan telah disalurkan kepada lebih 100 keluarga yang ditempatkan di beberapa pusat penempatan sementara (PPS) di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022
Mahdzir berkata segala bantuan berkaitan pembaikan atau pembinaan infrastruktur serta rumah yang rosak akibat bencana itu akan dikoordinasi oleh ICU. - Gambar/ Bernama
Kegiatan sindiket penyeludupan babitkan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 500,000 pengembara Singapura ke Malaysia sehari
Lebih 500,000 pengembara dilepaskan menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas di Singapura pada menjelang cuti panjang hujung minggu Good Friday.
[TERKINI] Lelaki Israel ditahan di KL bersama enam pucuk pistol
Ini laporan yang baharu kami terima.
Seorang lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan palsu Perancis.
Seorang lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan palsu Perancis.
Kumpulan Sunway kongsi nikmat ramadan melalui jelajah Sinar Ramadan 2024
Bersempena ulang tahunnya yang ke-50, Kumpulan Sunway menjalankan siri jelajah ke lima negeri bagi berkongsi nikmat sebenar ramadan kepada lebih 4,000 golongan kurang berkemampuan.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas satu operasi bersama Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) awal minggu ini.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang dengan syarat
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Pulau Pinang.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
Pembangunan LRT tidak ancam George Town
Pembangunan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang tidak akan mengancam kedudukan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata semua pertimbangan awal sudah diambil kira termasuk kelulusan yang diperoleh daripada pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata semua pertimbangan awal sudah diambil kira termasuk kelulusan yang diperoleh daripada pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA).
Tiada layanan istimewa kepada Najib - Penjara
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhammad menegaskan tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di penjara.
Lelaki Israel ditahan di KL bersama enam pucuk pistol
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pasport palsu Perancis.
Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.
Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.
Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.
Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM
Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.
Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.