ALOR SETAR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor enggan sesekali terlibat dalam 'blame game' (tuding menuding) yang dimainkan pihak tertentu berhubung isu tragedi kepala air dan banjir yang berlaku di Kupang, Baling, baru-baru ini.
Menurut Menteri Besar Kedah itu, fokus utama pentadbiran beliau ialah memastikan rakyat yang terkesan dalam bencana berkenaan dapat dibantu sekali gus meringankan bebanan yang ditanggung mereka.
Muhammad Sanusi juga dalam masa sama, enggan mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa tanaman durian Musang King di Gunung Inas dilaksanakan ketika zaman pemerintahan seorang lagi bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.
"No comment (kenyataan Mukhriz), saya tidak mahu terlibat dengan 'blame game', (ramai) nak heret saya masuk blame game, i won't play blame game (saya tidak akan sesekali tuding menuding).
"Saya tidak ada tikam lidah dengan siapa, saya tidak menuding jari kepada sesiapa, ada orang tanya, saya jawablah perkara sebenar, saya tidak mahu mencari salah orang, tidak ada faedah apa pun, mangsa (pun) duduk tergolek (ditimpa masalah) di sana (Baling), kita (di sini) duduk berkelahi.
"(Sekarang) tidak payah berkelahi, tolong selesaikan masalah yang sedang terjadi, tiada faedah apa (kalau tuding jari), adakah yang rumah hilang akan terbina semula rumah dia? Jawapannya tidak. Keperluan dia kita kena usahakan supaya nasib mereka dapat dibela," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Kolaborasi Inisiatif Kulim Smart Parking antara Majlis Perbandaran Kulim dan Haitech Padu Bhd di Wisma Darul Aman di sini, pada Rabu.
Semalam, Sinar Harian melaporkan keputusan untuk menukar tanaman pokok getah klon balak (TLC) kepada durian musang king di Gunung Inas bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ditadbir oleh Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah.
Menurut Mukhriz Mahathir, anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Agro Sdn Bhd yang sebelum itu diamanahkan untuk menanam semula kawasan tersebut gagal melaksanakannya menyebabkan Aman Mega Sdn Bhd dilantik mengambil alih tanggungjawab itu.
Menurutnya, bagaimanapun syarikat berkenaan kemudiannya bertukar pemilik selepas dibeli oleh syarikat ECK.
Abd Hadi Che Awang
Wed Jul 13 2022
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor enggan sesekali terlibat dalam 'blame game' (tuding menuding) yang dimainkan pihak tertentu berhubung isu tragedi kepala air dan banjir yang berlaku di Kupang, Baling, baru-baru ini. - Gambar fail BERNAMA
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.
Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.
Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.
Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM
Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.
Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.