awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: PPS mula dibuka, 32 mangsa dipindahkan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/07/2022
20:40 MYT
Banjir Baling: PPS mula dibuka, 32 mangsa dipindahkan
Sebahagian mangsa yang dipindahkan ke PPS Dewan Haji Hassan Samah sejak jam 10 malam Khamis. -Astro AWANI
BALING: Limpahan air Sungai Kupang memaksa 32 mangsa dari tujuh keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Haji Hassan Samah, bermula jam 10 malam Khamis.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, kesemua mangsa dari Kampung Padang Empang, Kupang dipindahkan selepas air setinggi satu meter memasuki kediaman mereka.
Sebahagian mangsa yang dipindahkan ke PPS Dewan Haji Hassan Samah sejak jam 10 malam Khamis. -Astro AWANI
Sebahagian mangsa yang dipindahkan ke PPS Dewan Haji Hassan Samah sejak jam 10 malam Khamis. -Astro AWANI
“Ketika anggota tiba di rumah mangsa mendapati kediaman mereka tidak selamat untuk didiami berikutan hujan sejak petang berterusan sehingga malam.
"Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang diaktifkan bimbang sekiranya paras air naik mendadak, dibimbangi mangsa akan terperangkap,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Menurut Rasidah, hasil pemantauan mendapati beberapa kampung lain turut dinaiki air, antaranya Kampung Iboi, Bendang Bechah, Bendang Padang, dan kawasan Sekolah Menengah Yayasan Agama Khairiah, Kupang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat ketika dihubungi memaklumkan, Jambatan Bailey di Kampung Iboi, terpaksa ditutup sementara untuk semua pengguna berikutan paras air sungai meningkat dan berisiko kepada penduduk yang menggunakan laluan itu.
Topic Berkaitan
#Sungai Kupang
#banjir baling
#PPS Dewan Haji Hassan Samah
#Kampung Padang Empang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan