awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Bantuan RM1 juta kepada koperasi terjejas, pemindahan KWRS dikurangkan

Bernama
Bernama
27/12/2021
08:59 MYT
Banjir: Bantuan RM1 juta kepada koperasi terjejas, pemindahan KWRS dikurangkan
Kata Noh, bantuan juga untuk membiayai kerosakan dan kerugian prasarana di tapak pertanian, perladangan dan penternakan yang diusahakan oleh koperasi yang terjejas. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan bantuan permulaan sebanyak RM1 juta untuk koperasi-koperasi yang terjejas akibat banjir, dengan peruntukan RM30,000 maksimum bagi setiap koperasi yang layak.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata bantuan itu tidak terhad untuk premis koperasi yang terjejas akibat banjir sahaja, tetapi juga untuk membiayai kerosakan dan kerugian prasarana di tapak pertanian, perladangan dan penternakan yang diusahakan oleh koperasi yang terjejas.
Noh dalam satu kenyataan hari ini turut mengumumkan insentif pengurangan pemindahan Kumpulan Wang Rezab Statutori (KWRS) untuk koperasi daripada 15 peratus kepada lapan peratus daripada untung bersih teraudit selepas pelarasan operasi.
"Ini akan memberi pengurangan kepada koperasi sebanyak tujuh peratus yang boleh dimanfaatkan untuk memulihkan perniagaan koperasi yang terjejas," katanya.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Beliau berkata inisiatif itu diberikan kepada koperasi mulai tahun kewangan 31 Disember 2021 sehingga 30 November 2022.
Noh berkata SKM turut membenarkan koperasi di negeri-negeri yang terjejas dengan banjir untuk menangguhkan pengauditan akaun koperasi disebabkan kemusnahan dokumen perakaunan akibat banjir.
"Penangguhan ini juga tidak menolak kemungkinan koperasi juga terpaksa menangguhkan mesyuarat agung tahunan ke satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian, sehingga semua urusan pasca banjir selesai sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
#Noh Omar
#SKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan