awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu dan pengunduran Muhyiddin, ke mana hala tuju PN?
Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang berkurang petang ini, Melaka kekal
Penggunaan BNPL berpotensi jejas skor kredit, kelayakan pinjaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Beberapa cawangan KWSP di Terengganu, Kelantan ditutup

Bernama
Bernama
19/12/2022
21:00 MYT
Banjir: Beberapa cawangan KWSP di Terengganu, Kelantan ditutup
KWSP berkata ahli yang telah membuat janji temu dengan kedua-dua cawangan tersebut dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka ke tarikh lain apabila keadaan banjir kembali pulih.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara cawangannya di Jerteh, Terengganu dan Kuala Krai, Kelantan, bermula semalam sehingga dimaklumkan kelak berikutan keadaan banjir yang bertambah buruk di beberapa kawasan di pantai timur negara.
Dana simpanan persaraan itu berkata ahli yang telah membuat janji temu dengan kedua-dua cawangan tersebut dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka ke tarikh lain apabila keadaan banjir kembali pulih.
"Bagi transaksi yang penting, ahli boleh berurusan untuk perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun atau hadir di mana-mana cawangan KWSP lain yang beroperasi di kawasan yang belum terjejas banjir," kata KWSP dalam satu kenyataan semalam.
Bagi sebarang pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau merujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Kelantan
#terengganu
#KWSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan