awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah perkuburan Islam baharu keperluan mendesak di Gombak - Amirudin
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Belajar dari pengalaman, bomba sedia hadapi kemungkinan gelombang kedua

Firdaus Azil
Firdaus Azil
25/12/2021
08:40 MYT
Banjir: Belajar dari pengalaman, bomba sedia hadapi kemungkinan gelombang kedua
Persiapan yang dibuat bomba berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kata Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid. - Gambar BERNAMA
SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini sedang membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir di seluruh negara, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.
Dalam sidang media harian di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Taman Sri Muda di sini, hari ini, beliau berkata, persiapan itu berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Menurut beliau, setakat ini pihaknya telah menjalankan operasi pemantauan di kawasan berisiko tinggi, khususnya di tiga negeri iaitu Pahang, Selangor dan Sarawak.
“Kita telah bersiap sedia (untuk hadapi gelombang kedua). Di Pahang ada 13 pemantauan, di Sarawak ada 34 dan Selangor ada 20 operasi pemantauan, yang kita anggap ada risiko tertentu.
“Dari maklumat oleh MET Malaysia dan JPS, mungkin akan berlaku sehari dua lagi sehingga 29 Disember. Kita bersama NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) akan pantau terutama sekali di pantai timur, utara Semenanjung, pantai barat dan pantai timur termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.
Mohammad Hamdan berkata, pihaknya juga telah belajar daripada apa yang berlaku di Selangor sewaktu gelombang pertama banjir dan akan memastikan persiapan lebih baik untuk menghadapi masa depan.
Dalam masa sama, beliau berdoa agar gelombang kedua tidak seteruk apa yang berlaku sebelum ini sehingga ada yang menggambarkan bencana kali ini paling teruk sejak 1971.
Mohammad Hamdan turut memaklumkan, Pusat Kawalan Operasi Bencana di Taman Muda akan terus beroperasi biarpun keadaan dilihat semakin baik.
Topic Berkaitan
#bomba
#Mohammad Hamdan Wahid
#banjir
#gelombang kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan