awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Ini senarai penuh 16 pasukan yang layak bertanding
Rainbow Six Siege digodam, pemain terima kredit AS$13 juta
AFCON: Ivory Coast, Cameroon sia-siakan peluang mara awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Beluran: Satu mayat ditemui, seorang masih hilang

Radhi Muslim
Radhi Muslim
02/01/2022
06:26 MYT
Banjir Beluran: Satu mayat ditemui, seorang masih hilang
Keadaan banjir di Beluran yang sehingga kini telah meragut satu nyawa sementara seorang lagi mangsa masih gagal dikesan. - Astro AWANI.
BELURAN: Seorang daripada dua mangsa yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir di sini telah ditemui pada tengah hari Sabtu.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata mangsa sebelum itu dilaporkan hilang semasa memukat di Kuala Penubukan, Paitan yang dilaporkan hilang pada 31 Disember lalu.
"Mangsa lelaki Rajis Nawang, 28 tahun, bekerja sebagai nelayan telah turun memasang pukat di Kuala Penubukan sebelum disedari hilang oleh bapanya.
"Mangsa telah dijumpai pada 1 Januari 2022 di lebih kurang 1230 tengahari di pokok bakau lebih kurang 1.5 kilometer dari tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sementara itu usaha mengesan seorang lagi mangsa sedang giat dijalankan.
Mangsa yang dikenali sebagai Kaerul, 26, bekerja ladang telah dihanyutkan air deras apabila cuba menyeberang jalan Kampung Kinadaan.
"Semasa kejadian dipercayai paras air mencecah lima kaki dari paras jalan.
"Kejadian ini disedari oleh majikannya dan telah membuat laporan kepada pihak polis," jelasnya
Topic Berkaitan
#banjir
#Beluran
#mayat
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan