awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Bomba lancar SAR cari mangsa terbabas, terperangkap dalam kereta

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
06/03/2023
08:49 MYT
Banjir: Bomba lancar SAR cari mangsa terbabas, terperangkap dalam kereta
Operasi menyelamat mangsa yang dikhuatiri dihanyutkan banjir selepas kenderaan dinaikinya terbabas ke tebing dekat Jalan Nitar Utama pagi tadi. -JBPM
MERSING: Seorang individu hilang dikhuatiri dihanyutkan banjir selepas kenderaan dinaikinya disyaki terbabas ke tebing jalan, dekat Jalan Nitar Utama, di sini, pagi tadi.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.49 pagi.
"Satu panggilan kecemasan diterima melalui sistem MERS 999 menyatakan terdapat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah kereta jenis Myvi.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati tiada tanda-tanda mangsa berada di lokasi.
"Sejurus itu, PKO bertindak membuat pencarian di sekitar kawasan Felda Nitar 1 dan Felda Nitar 2, di sini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, setakat 2 petang tadi, kerja-kerja pencarian masih diteruskan di kawasan Felda Nitar 2, yang juga lokasi mangsa dipercayai terbabas ke tebing jalan.
Tambahnya, ketika ini, paras air banjir di atas jalan raya berketinggian lebih kurang 4 kaki.
Operasi menyelamat membabitkan lebih 11 anggota bomba dari BBP Mersing dan BBP Endau, serta turut diperkasakan dengan penyertaan lima buah jentera.
Topic Berkaitan
#banjir
#jalan nitar utama
#mangsa dikhuatiri dihanyutkan banjir
#Myvi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan