KUALA LUMPUR: Situasi banjir berikutan hujan lebat di Kedah pulih sepenuhnya, namun keadaan tidak banyak berubah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka apabila terdapat peningkatan jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan sementara (PPS).
Di KEDAH, tiga PPS yang dibuka di daerah Kuala Muda ditutup sepenuhnya, petang Khamis.
Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata PPS Dewan Kampung Bukit Belah, PPS Surau Taman Kenari dan PPS Masjid Al-Huda Kampung Jerung ditutup serentak pada pukul 1 tengah hari tadi.
"Seramai 162 mangsa daripada 39 keluarga ditempatkan di tiga PPS ini selepas rumah mereka dinaiki air. Kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air surut berikutan keadaan cuaca yang agak baik hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat di daerah Larut Matang dan Selama kepada 57 orang daripada 19 keluarga berbanding 14 orang daripada tiga keluarga, pagi Khamis.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak daripada jumlah itu, seramai 39 orang daripada 13 keluarga dari Kampung Sungai Bemban, Kuala Trong, ditempatkan di PPS di Masjid Nurul Hidayah Sungai Bemban yang dibuka sejak pukul 10 malam Rabu.
"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temelok, sebanyak 18 orang daripada enam keluarga ditempatkan di pusat berkenaan," katanya.
Di SELANGOR pula, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis memaklumkan tiga PPS telah dibuka di daerah Sepang bagi menempatkan 45 mangsa banjir dari kawasan Kampung Giching dan Kampung Salak setakat 1.40 tengah hari tadi.
Bagaimanapun, banjir kilat yang melanda sekitar daerah Klang sejak semalam telah surut hari ini.
Di NEGERI SEMBILAN, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Said, Nilai, yang menempatkan sembilan orang daripada sebuah keluarga semalam ditutup pukul 12.15 tengah hari.
Pengarah APM Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata kesemua mangsa banjir berkenaan sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
"PPS berkenaan dibenarkan tutup selepas mendapat kebenaran daripada Pegawai Daerah Seremban. Keadaan cuaca pada hari ini baik dan disebabkan itu kesemua mangsa banjir di PPS berkenaan dibenarkan pulang," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata jumlah mangsa banjir di PPS Balai Raya Kampung Permatang, Port Dickson masih kekal sama setakat petang ini iaitu 25 orang terdiri empat lelaki dan 21 perempuan dari Pusat Darul Widad.
Jumlah mangsa banjir di MELAKA pula meningkat kepada 932 mangsa daripada 249 keluarga setakat pukul 4 petang ini berbanding 590 mangsa daripada 155 keluarga pukul 8 pagi Khamis.
Pengarah APM Negeri Melaka Lt Kolonel Cuthbert John Martin Qudra berkata jumlah PPS di tiga daerah di negeri itu turut meningkat kepada 12 PPS pada petang ini berbanding 10 PPS pada sebelah pagi.
Beliau berkata sebanyak 144 mangsa daripada 45 keluarga yang terjejas di Alor Gajah ditempatkan di tiga PPS iaitu SK Durian Tunggal, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah dan SK Telok Berembang.
"Di daerah Jasin pula, sebanyak 267 mangsa daripada 70 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu SMK Seri Bemban, SK Tehel dan SJKC Shuh Yen.
"Di Melaka Tengah, sebanyak 521 mangsa daripada 134 keluarga ditempatkan di enam PPS iaitu SMK Tun Mutahir, SK Batu Berendam 2, SK Krubong, SK Taman Merdeka, SK Ayer Molek dan SMK Bukit Katil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021
Di KEDAH, tiga PPS yang dibuka di daerah Kuala Muda ditutup sepenuhnya, petang Khamis. - Gambar fail
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.