awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
Rezeky Tomyam 1 raih liputan promosi meluas selepas dinobatkan Pemenang Utama Pertama Kempen Astro BizOne Rewards
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Perak makin pulih

Sinar Harian
Sinar Harian
26/11/2022
01:50 MYT
Banjir di Perak makin pulih
Anggota APM melipat khemah selepas penduduk terjejas dibenarkan pulang. - Foto ihsan APM
IPOH: Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 275 orang setakat jam 8 pagi, Sabtu berbanding 303 mangsa yang dilaporkan pada Jumaat.
Semua mereka daripada 80 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak, Manjung serta Larut Matang dan Selama (LMS).
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan daerah Manjung menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 182 orang di PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai.
Di Hilir Perak, PPS Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Batu 4, Teluk Intan masih aktif sejak dibuka 13 November lalu.
"Seramai 50 penduduk dari Kampung Batu 7, Batu 8 dan Batu 9 yang terjejas ditempatkan di sekolah berkenaan.
"PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak pula menempatkan 26 mangsa melibatkan tujuh keluarga dari Kampung Batu 7, Batu 8, Batu 9, Batu 10 dan Kampung Glouster," katanya.
Di LMS, PPS SAR Shafie, Batu Hampar menempatkan 17 daripada enam keluarga. Mereka merupakan penduduk terjejas dari Kampung Padang Serai Dalam dan Padang Serai Luar.
Sementara itu, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan tiada amaran ribut petir atau hujan lebat di semua daerah setakat ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PPS
#banjir
#hujan lebat
#Hilir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan