KUALA TERENGGANU: Dua daerah di Terengganu masih lagi terjejas banjir membabitkan seramai 659 mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).

Kesemua mangsa daripada 181 keluarga itu ditempatkan di sembilan PPS di Kuala Nerus dan Dungun.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, seramai 653 mangsa daripada 180 keluarga masih berlindung di lapan PPS, manakala enam lagi di PPS Kuala Nerus.

Ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding 733 mangsa membabitkan 199 keluarga yang terjejas pada pagi tadi.

Penurunan itu susulan penutupan sebuah PPS di Marang apabila seramai 14 mangsa daripada tiga keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Cuaca cerah juga membolehkan sebahagian besar mangsa yang terjejas pulang bagi membersihkan kediaman mereka.

Banjir gelombang ketiga mula melanda Terengganu pada Ahad lalu dan menyaksikan lebih 10,000 mangsa terjejas.