awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Dua lagi PPS dibuka di Perak

Bernama
Bernama
24/10/2023
14:06 MYT
Banjir: Dua lagi PPS dibuka di Perak
Jumlah mangsa di dua PPS berkenaan akan dikemas kini kerana masih dalam proses pemindahan. - Gambar hiasan
IPOH: Dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini akibat hujan lebat melibatkan daerah Hilir Perak dan Kerian membabitkan 182 mangsa daripada 59 keluarga, setakat 6 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan dua PPS itu ialah Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Hilir Perak yang dibuka pada 6 petang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, Kerian yang beroperasi pukul 5.30 petang.
Bagaimanapun, sekretariat itu memberitahu jumlah mangsa di dua PPS berkenaan akan dikemas kini kerana masih dalam proses pemindahan.
Jumlah mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak yang dibuka semalam juga meningkat petang ini berbanding 50 mangsa daripada 16 keluarga di Changkat Jong, Teluk Intan pagi tadi.
"Kawasan terjejas antaranya melibatkan lorong Kedah, lorong belakang Klinik Desa Changkat Jong, Batu 9, Simpang 3, Batu 10, Batu 7 dan lorong Sidang Osman kesemuanya di daerah Hilir Perak," demikian menurut kenyataan itu.
Menurut sekretariat itu, paras air Sungai Bidor setakat ini masih berada pada tahap bahaya dengan ketinggian 4.10 meter (m) berbanding 4.13 m pagi tadi, manakala cuaca diramalkan hujan hingga malam ini di daerah Hilir Perak dan Kerian.
Sementara itu, sekretariat berkenaan turut memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama ditutup akibat tanah runtuh, sementara Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid dijadikan sebagai laluan alternatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#Perak
#Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan
#SK Changkat Lobak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan