awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Guru naik lori ambil, hantar kertas soalan SPM

Sinar Harian
Sinar Harian
02/12/2024
03:55 MYT
Banjir: Guru naik lori ambil, hantar kertas soalan SPM
Guru terlibat dalam pelaksanaan SPM terpaksa menaiki lori untuk mengambil kertas peperiksaan di Tumpat, hari ini. - Gambar/ JBPM
KOTA BHARU: Seramai 37 guru yang bertugas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menaiki lori muatan lima tan untuk mengambil kertas soalan Ujian Bertutur di Bilik Kebal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Nazah Nafi berkata, tiga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wakaf Bharu, Tumpat ditugaskan membantu membawa guru terbabit bagi memudahkan tugas berkenaan.
Menurutnya, mereka kemudian menghantar soalan ke SMK Geting dan Sekolah Menengah Ugama Maheliah Pengkalan Kubor, Tumpat.
"Kesemua guru berkenaan berkumpul di Pejabat Perpaduan Tumpat sebelum anggota bomba membawa mereka ke lokasi itu.
"Kami menghantar kesemua mereka pada jam 7 pagi. Bantuan diperlukan berikutan jalan hanya boleh dilalui kenderaan berat," katanya.
Jelasnya, sehingga kini banjir di Wakaf Bharu sudah surut tetapi banyak kawasan masih digenangi air.
Sementara itu, banjir di Tumpat dilaporkan masih serius berikutan bilangan mangsa meningkat seramai 18,791 hingga jam 7.30 pagi tadi.
Pada Ahad pihak berkuasa melaporkan, seramai 17,713 mangsa berlindung di PPS di Wakaf Bharu. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Bah Kuning
#banjir2024
#SPM
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan