awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dunia 'tidak selamat' susulan tindakan AS keluar dari WHO - Ketua Pengarah WHO
Pendulang berlesen dibenar mendulang emas di Kelantan mulai 21 Januari
Kerajaan berhak tarik balik bantuan jika kemuka maklumat tidak tepat - MOF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Hat Yai: Tentera Thailand bantu pindah pelajar, pensyarah UUM terkandas - Wisma Putra

Bernama
Bernama
28/11/2025
05:00 MYT
Banjir Hat Yai: Tentera Thailand bantu pindah pelajar, pensyarah UUM terkandas - Wisma Putra
Kementerian Luar berkata secara keseluruhan, kira-kira 1,459 rakyat Malaysia dipindahkan dari lebih 25 hotel semalam dan dibawa dengan selamat ke pusat pemeriksaan sempadan Bukit Kayu Hitam (BKH).
KUALA LUMPUR: Seramai 38 pelajar universiti dan pensyarah Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hat Yai, Thailand berjaya dipindahkan dalam operasi menyelamat yang diselaraskan pihak berkuasa Malaysia dan Thailand.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan operasi menyelamat berskala besar telah dijalankan antara 8 pagi hingga 1 tengah hari pada Khamis (27 Nov) bagi memindahkan rakyat Malaysia yang terkandas, dengan bantuan Tentera Darat Diraja Thailand.
"Dengan hujan yang semakin reda, paras air surut dengan ketara semalam, 27 Nov 2025, sekali gus membolehkan kenderaan berat memasuki kebanyakan kawasan kecuali beberapa lokasi yang masih mencatat paras air tinggi," menurut Wisma Putra.
Kementerian Luar berkata secara keseluruhan, kira-kira 1,459 rakyat Malaysia dipindahkan dari lebih 25 hotel semalam dan dibawa dengan selamat ke pusat pemeriksaan sempadan Bukit Kayu Hitam (BKH).
Menurut Wisma Putra, kurang daripada 300 rakyat Malaysia masih terkandas di beberapa lokasi, manakala dua hotel yang dikenal pasti sebagai tempat penginapan rakyat Malaysia masih belum dapat diakses akibat paras air yang masih tinggi. Operasi menyelamat akan diteruskan hari ini (28 Nov) sehingga semua individu dikenal pasti.
Wisma Putra turut menzahirkan harapan operasi hari ini dapat menyelesaikan baki pemindahan yang belum dilaksanakan, namun menegaskan bahawa usaha akan diteruskan sehingga semua rakyat Malaysia yang terjejas disahkan telah dibantu dengan selamat
Kementerian itu sekali lagi menggesa rakyat Malaysia yang belum mendaftar kehadiran atau yang keberadaannya masih tidak jelas supaya menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla atau Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dengan segera bagi memastikan bantuan dapat disalurkan tepat pada masanya.
Bagi bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi bilik gerakan Kementerian Luar di Putrajaya di talian +603-8887 4570 atau melalui e-mel [email protected].
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok boleh dihubungi di talian +66-87-028-4659 atau +66-2340-5721, atau melalui e-mel di [email protected].
Selain itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla boleh dihubungi di talian +(6674) 316274 atau +(6681) 9901930, dengan talian tambahan di +(6674) 324004 dan 312353 atau melalui e-mel di [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Hat Yai
#pelajar UUM
#rakyat Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan